Sangat Mudah Mengenal Allah Dalam Islam

OLEH: Ustaz Abid Annuriy.
.
Al-Imam ‘Abdullah ibn al-Mubarak (118-181H) berkata, 
.
نَعْرِفُ رَبَّنَا فَوْقَ سَبْعِ سَمَوَاتٍ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى بَائِنًا مِنْهُ خَلْقُهُ ، وَلَا نَقُوْلُ كَمَا قَالَتِ الْجَهْمِيَّةُ (( إِنَّهُ هَا هُنَا )) وَأَشَارَ إِلَى الْأَرْضِ. 
.
“Kami mengenal Rabb kami berada di atas langit ke 7, duduk bersemayam di atas 'ArasyNya, makhlukNya terpisah dariNYA. Dan kami tidak mengatakan seperti ucapan Jahmiyyah kuffar bahawa ALLAH ada di sini, beliau menunjuk ke tanah (bumi).” (Riwayat al-Sabuni dengan sanad hasan).
.
(Riwayat al-Imam al-Sabuni dalam ‘Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith dengan sanad hasan).
.
Pengajaran
.
1.Makrifat (yakni mengenal Allah) itu sangat mudah, iaitu ithbat dan meyakini Allah di atas langit ketujuh, duduk bersemayam di atas arasy tinggi di atasnya serta mempunyai sifat-sifat yang tinggi. Bukan dengan mengatakan “Allah tidak bertempat” kerana itu kufr ta’til dan ilhad.
.
Inilah ma’rifat, mengenal ALLAH sebagaimana yang DIA khabarkan tentang diriNYA dalam KitabNYA dan Sunnah NabiNya yakni ALLAH maha tinggi di atas langit ketujuh di atas arash. Mengenal Allah sangat mudah.
.
2.Makrifat ALLAH tu mudah iaitu meyakini bahawa ba’inan minhu khalaquh ( Allah berpisah dari makhlukNYA), ini disebut tafsiriyyah bayaniyyah yakni ijma’ dalam kalangan salaf, untuk menjelaskan bahawa makhluk bukan dalam za Allat bukan bersatu dengan Allah, tetapi makhluk dan alam adalah di luar zat Allah. Ma’rifat ALLAH itu bukan sukar dan bukan dengan mendapat kashf lalu bersatu dengan ALLAH atau melihat segala sesuatu sebagai Allah. Ini bukan makrifat tetapi kekufuran wahdatul wujud. Makrifat juga bukan juga berjalan di atas air atau terbang di udara atau melihat Nabi secara yaqazah.
.
3.Aqidah islam sangat mudah. Beriman bahawa Allah maha tinggi di atas segala makhluk dan istiwa’ di atas arasy. Meyakini bahawa segala makhluk di bawah Allah dan terpisah dariNYA. 
.
4. Wajib beriman bahawa Zat Allah di atas Arasy, bukan di bumi, bukan di mana-mana, bukan di setiap tempat.
.
Allah bukan “tidak bertempat” kerana sesuatu yang tidak bertempat adalah sesuatu yang tidak wujud (tiada). Semua ini kesesatan ilmu kalam sesat, sifat 20 yang munkar dan falsafah batil. 
.
5.Jahmiyyah dan Mu’tazilah adalah kuffar, mubtadi’ah (sesat) dan tidak mengenal Allah (semoga Allah memberikan mereka hidayah). Sesiapa yang mengatakan “Allah di bumi atau di setiap tempat,” (setelah sampai kepadanya hujjah) maka ia jahmi kafir musyrik murtad.
Sesiapa yang mengatakan “Allah tidak bertempat” yakni bukan di atas arasy (setelah sampai kepadanya hujjah), maka ia jahmi kafir musyrik murtad kerana menafikan Zat ALLAH. Ia termasuk dalam kalangan jahmiyyah kuffar walau ia menamakan dirinya asha’irah maturidiyyah.
.
6.Sifat 20 bukanlah cara sahih untuk mengenal Allah. Orang yang cuba mengenal Allah melalui huraian falsafah sifat 20 tidak akan berjaya mengenal Allah selama-lamanya. Ini kerana hakikatnya ta’wilat sifat 20 bertujuan menafikan zat dan sifat-sifat perbuatan Allah, menafikan ‘uluwwNYA dan istiwa’ di atas arasy, yakni menafikan zat dan kewujudan Allah. !

ALLAH Ta’ala berfirman,
.
وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (180) 
“Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang terbaik maka berdoalah dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyeleweng dalam nama-namaNYA, mereka akan dibalas terhadap apa yang mereka lakukan.” (al-A’raf: 180). 
.
Ahli Kalam Jahmiyyah, Mu’tazilah, Kullabiyyah, Asha’irah, Maturidiyyah, Sufiyyah, secularis semuanya wajib ditinggalkan kerana mereka ilhad (menyeleweng) dalam sifat-sifat ALLAH seperti menafikan sifat ‘uluww, istiwa’, nuzul dan lain-lain. Adapun sekularis mereka itu mengingkari sifat tashri’ dan hakimiyyah ALLAH SWT.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments