OLEH: Dr Idris Sulaiman
FATWA AL-AZHAR MELARANG MENGANGGOTAI IKHWAN MULIMIN: KUMPULAN PEROSAK
Jika bulan lepas Badan Pembesar Ulama Arab Saudi (Hai’ah Kibar Ulama) mengeluarkan fatwa mengisytiharkan kumpulan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas dan sesat, baru-baru ini buat pertama kalinya Pusat Fatwa al-Azhar (al-Azhar) pula mengeluarkan fatwa mengharamkan mana-mana individu daripada menyertai kumpulan ini kerana menganggapnya sebagai kumpulan pengganas yang melakukan banyak kerosakan dan menimbulkan kepincangan di Mesir dan seluruh dunia.
Sumber:
لأول مرة «الأزهر» يفتي بحرمة الانضمام للإخوان: مفسدون يغرسون الفتنة
https://www.elwatannews.com/news/details/5149663
Artikel berkaitan:
al-Azhar Keluar Fatwa Larangan Menganggotai Ikhwanul Muslimin:
https://www.bharian.com.my/.../al-azhar-keluar-fatwa...
IKHWAN MUSLIMIN PENGGANAS & SESAT: FATWA BADAN PEMBESAR ULAMA ARAB SAUDI
Badan Pembesar Ulama Arab Saudi (Hai’ah Kibar Ulama) dalam kenyataannya baru-baru ini mengisytiharkan kumpulan Ikhwan Muslimin (IM) sebagai pengganas dan sesat kerana membawa matlamat-matlamat hizbiah (kepartian) yang bertentangan dengan syariat.
Kumpulan yang bertopengkan agama ini banyak melakukan perkara-perkara yang menyalahi Agama, memecah belah masyarakat Islam, melakukan kekacauan dan keganasan.
Justeru umat Islam disarankan supaya berwaspada dengan kumpulan ini, tidak menyertainya atau bersimpati dengannya.
CATATAN:
1. Sejarah Mesir (negara kelahiran IM) menunjukkan banyak pergolakan dalam negara disebabkan oleh anasir-anasir IM dan kemuncaknya ialah ‘Musim Bunga’ (Arab Spring) yang menyaksikan pemerintah digulingkan dan negara menjadi kucar-kacir.
2. IM telah mempelopori usaha taqrib Sunni - Syiah sejak sekian lama dan kesan buruknya dirasai sehingga ke hari ini seperti mana yang dapat dilihat di Lubnan, Iraq, Syria dan Yaman. Ribuan orang-orang Islam dibunuh oleh Syiah.
3. Hubungan rapat IM dengan Iran menjadikan mereka ‘musuh dalam selimut’ dan ‘gunting dalam lipatan’ kerana sering mempertahankan Iran dan menyebelahi agenda-agenda mereka. Ini menjadi ancaman atas negara dan umat Islam.
Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan keselamatan.
Gerakan Ikhwan Muslimin Perosak: Menghasut Rakyat Malaysia Memberontak Terhadap Kerajaan:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211481702870063&id=1588241794
Semoga Allah terus memelihara bumi Malaysia daripada anasir-anasir pengganas dan perosak.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment