Perginya Dr Yousuf Al-Qardawi

OLEH: Dr Idris Sulaiman




- Ulama radikal 
- Gerakan-gerakan revolusi

Beliau sudah meninggal dunia. 
Ramai orang termasuk para asatizah dan ilmuan mengucapkan takziah malah ada yang sampai mengadakan solat jenazah ghaib.  

Tidak kurang yang memuji dan mengangkat beliau sebagai seorang sarjana hebat dan ada yang sampai menggelar beliau sebagai al-Allamah (tokoh ulama besar) dan menobatkan beliau sebagai al-Imam. 
Walau apa pun pendirian terhadap beliau, hakikat fakta tidak boleh diubah. 

Beliau merupakan seorang ulama radikal Ikhwan Muslimin yang kurang sepuluh tahun lepas telah memilih jalan keganasan mengajak masyarakat Islam mengangkat senjata bagi menjatuhkan pemerintah-pemerintah di negara-negara Islam atas apa yang beliau namakan sebagai jihad bagi menentang kezaliman dan penindasan. 

Dalam sebuah rakaman video, beliau berterus terang mengaku menyokong semua revolusi kekerasan ‘Arab Spring’ di negara-negara Arab termasuklah di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan Syria. 

Banyak kerosakan harta benda dan ribuan nyawa terbunuh dalam revolusi-revolusi ini dan ada sesetengah negara ini terus bergelut sehingga ke hari ini seperti mana di Libya, Yaman dan Syria. 
Fatwa beliau secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang kepada kerosakan-kerosakan dan kemusnahan-kemusnahan ini. 

Sebagai contohnya, beliau dalam video di bawah menyeru umat Islam supaya memerangi pemerintah di Syria atas alasan kezaliman dan penindasannya.  
 
Video ini disiarkan pada tarikh 05 Mac 2012. 
Perang saudara di Syria meletus 10 hari kemudian pada 15 Mac 2012. 
Ia berterusan sampai ke hari ini.  
Banyak bangunan dan harta benda musnah, ribuan nyawa melayang dan ramai yang lari keluar berhijrah menyelamatkan diri. 
Malaysia juga sebenarnya tidak terlepas. 

Sesetengah pihak telah berusaha membawa revolusi ‘Arab Spring’ ke negara ini melalui demonstrasi-demonstrasi jalanan ‘Bersih 2.0’ pada tahun 2011 sampailah ke ‘Bersih 5.0’ pada tahun 2016. 
Ramai mungkin tidak sedar bahawa Dr. Yousuf al-Qaradawi merupakan antara ilmuwan yang fatwanya dijadikan sebagai penghalal buat demonstrasi-demonstrasi ini. 

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan juga dosa-dosa beliau. 


OLEH: Taufiq Tuah

Contoh, kita ada kenalan yang meninggal dunia. Lalu kita cerita buruk tentang dia dengan membuka aib-aib lampau si mati. Ini jelas tidak dibenarkan.

Tapi kalau yang meninggal dunia itu memang membuat kerosakan secara terang-terangan, malah masih meninggalkan lagi legasi-legasi kerosakannya selepas mati. Maka keburukannya tetap kita perlu tegah dan jelaskan. Malah memuji si mati jenis ini pula bakal membawa mudarat.
Misalnya.

Khomeini dan Abuya Ashaari.
Kedua-dua mereka ada jasa dan hebat. Mereka meninggalkan penulisan2 dan legasi pengikut. TAPI adakah ajaran mereka baik? Tidak. Malah mereka memegang ajaran sesat. Jadi kena puji tak 'jasa' mereka slps mereka mati? TAK PERLU kerana mudarat. Memuji mereka itu seolah-olah menyelimuti kedok kesesatan mereka yang sepatutnya semakin kita 'reveal' kepada org ramai. Wallahualam.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments