OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
- anak soleh
Saat sujud banyakkan berdoa buat diri sendiri dan kedua-dua ibubapa.
Jangan lupa mendoakan kedua-dua orang tua kerana Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara amalan jariah yang tidak akan terputus walaupun setelah mati ialah doa anak soleh buat kedua-dua ibubapanya.
Sabda Nabi ﷺ:
إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
"Jika anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dalam tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh untuknya."
[Sahih. Riwayat Muslim]
CATATAN
Mendoakan kedua-dua ibubapa menjadi tanda kesolehan seseorang anak.
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment