Selamat Hari Jadi!

 OLEH: Abu Aqif

Selamat hari jadi, selamat hari ulang tahun, happy birthday, sanah helwah.

Topik yang telah lama diulang-ulang. Jika hendak dibahas, macam-macam fakta dan alasan yang akan diberikan. Alasan itu pula hendak supaya ianya dibolehkan. Dah kata tidak boleh, nak buat juga.

Sambutan ulang tahun bukanlah dari ajaran Islam. Tidak pernah ada di dalam mana-mana riwayat pun membicarakan mengenai hal ini.

Hakikatnya, tidak dapat dinafikan sambutan ini adalah berasal dari orang kafir, yang telah dinormalisasikan sejak sekian lama.

Yang parahnya Nabi ﷺ telah lama warning. Bukan warning ringan, tapi warning yang sangat berat.

Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka.” [HR. Abu Dawud no. 4031].

Termasuk sebahagian dari mereka.

Termasuk sebahagian dari mereka.

Termasuk sebahagian dari mereka.

Bayangkan, jika sedang bentuk kumpulan, ada dua kumpulan, kumpulan A dan kumpulan B.

A = kumpulan Islam

B = kumpulan kafir

Tiba-tiba kau kena masuk kumpulan B, kumpulan kafir, padahal kau tau kau Islam.

Sebab apa? Sebab Nabi kata kau termasuk sebahagian dari mereka.

Begitulah beratnya hukum TASYABBUH. Menyerupai sesuatu kaum.

Tapi oleh kerana ia telah dinormalisasikan, semua menganggap ianya tidak bermasalah.

Mungkin ramai yang tak bersetuju, menganggap jumud, tidak terbuka, kuno, ketinggalan, syadid, keras tidak bertempat, yada yada yada… tapi maaf, kita berbeza dalam hal ini.

Tiada sambutan hari lahir dalam Islam. Jangan menyerupai kaum kafir, jangan tasyabbuh.

Tugas kita hanya menyampaikan, berkongsi semampunya, soal penerimaan orang, terserah dia dengan Allah عز و جل.

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments