OLEH: Dr Idris Sulaiman
Video:
- Khurafat dari meja penceramah
- Wali lebih tinggi dari rasul?
Perlu ditegaskan bahawa para wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertakwa.
Firman Allah ﷻ:
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka yang beriman serta sentiasa bertakwa.”
[Al-Quran, Yunus, 10:62-63]
Maka sama sekali ciri-ciri wali Allah bukanlah orang yang boleh terbang, berjalan atas air dan seumpamanya.
Pemahaman sebegini tidak berasas sama sekali.
Ini kerana boleh sahaja orangnya wali syaitan dan kelebihan-kelebihan tersebut merupakan istidraj daripada Allah ﷻ khususnya jika orangnya terdiri daripada kalangan manusia derhaka yang tidak patuh pada suruhan-suruhan dan larangan-larangan Allah ﷻ.
Tambah lagi, Rasulullah ﷺ dan para Sahabat pun tidak memiliki kelebihan boleh terbang ini sedangkan mereka penghulu para wali Allah yang benar daripada kalangan umat akhir zaman ini.
Tetapi hakikatnya di sisi kaum pelampau Sufi kedudukan wali Allah lebih tinggi daripada kedudukan nabi dan rasul.
Maka tidak hairanlah mengapa kisah-kisah tentang wali Allah yang dijaja menceritakan tentang pelbagai kelebihan luar biasa yang Nabi ﷺ sendiri pun tidak memilikinya.
Kata tokoh pelampau Sufi Ibnu Arabi:
سَمَاءُ النُّبُوَّةِ فِي بَرْزَخٍ دُوَيْنَ الْوَلِيِّ وَفَوْقَ الرَّسُولِ.
“Kedudukan nabi di barzakh, sedikit di bawah wali dan di atas rasul.”
[Lata’if al-Asrar, hlm. 49]
Ini merupakan dakwaan batil lagi tidak berasas yang sekadar bertujuan untuk membuka pelbagai pintu khurafat dan kekufuran.
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment