Waspada Kegiatan Wahabi @ Salafi?

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Apakah yang dimaksudkan dengan kegiatan Wahabi @ Salafi? 

Apa yang pasti dari sudut bahasa Arabnya Wahabi nisbah kepada nama Allah ﷻ al-Wahhab manakala Salafi nisbah kepada tiga generasi pendahulu umat Islam iaitu Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin. 

Sedangkan dalam hadis Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha: 

نِعْمَ ‌السَّلَفُ أَنَا لَكِ.

“Aku adalah sebaik-baik Salaf (pendahulu) buat kamu.” 

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Justeru sekiranya Wahabi @ Salafi merujuk kepada mereka yang mengajak kepada mengesakan Allah ﷻ semata-mata, menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan Allah ﷻ di samping berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan al-Sunah mengikut kefahaman tiga generasi pendahulu umat Islam maka bersaksilah bahawa saya Wahabi @ Salafi. 


CATATAN

Sewajarnya Muslim berwaspada dengan penceramah yang membawa hadis-hadis lemah dan palsu, cerita-cerita dongeng, khurafat, amalan-amalan rekaan tidak berasas, zikir huhuhu, selawat dengan cara menyanyi dan bergendang, mengadakan ritual-ritual di kubur, menggantung potret-potret guru.. 

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk.  

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments