OLEH: Taufiq Tuah
Cerita tentang nasab nabi ni, sebenarnya panjang lebar. Tapi seingat saya yang mula² tular dulu ialah pada tahun 2011. Masa tu Habib Syech Abdul Qadir Assegaf masuk Malaysia. Buat konsert Ya Hanana.
Kemudian dari hari ke hari muncul lah ramai lagi mereka yang 'claim' sebagai cicit Rasulullah. Adakah perlu kita sanjung mereka? Lagi² ada 'Mawla' ni datang dari Maghribi yg kemudiannya org² Maghribi pun mengatakan 'Mawla' ni scammer.
Tapi orang kita dah berderet puji puja 'Mawla' palsu ini. Majlis² agama termasuk N9 pun dah keluar kenyataan suruh berhati-hati dgn scammer ni.
Persoalan saya, kenapa keturunan nabi diangkat begitu taksub sekali? Adakah jika nabi masih ada, nabi akan redha untuk duduk di ats mahligai berpelamin seperti 'Mawla'?
Saya bukan nafikan adanya nasab Rasulullah di Malaysia. Malah saya rasa ramai yang tak terkira. Mereka yang nama awalnya 'Nik', 'Wan', 'Syed', 'Sharifah' dll itu semua ada jalur tersendiri.
Bagusnya nasab ori ni, depa tak pernah nak dipuja dan diagungkan. Mereka hidup seperti manusia biasa yang lain. Mereka faham dosa dan pahala mereka akan dihitung dan mereka tak maksum.
Kenapa org begitu mudah percaya dgn peng'claim' nasab palsu ni? Bagaimana nak bendung hal ini?
1. Daripada penulisan beberapa bulan lepas pun saya ada ketengahkan tentang penjagaan nasab. Orang Melayu tak mengira dari darah keturunan mana sekalipun KENA JAGA NASAB. Sila catat nasab kita sepanjang yang mampu.
2.Untuk yang nama Wan, Nik, Awang dll ni, mereka kena teruskan legasi nama ini untuk zuriat seterusnya. Jangan padam nama nasab yg dah sedia ada. Yang tiada nama khas nasab, tak salah juga untuk anda mencipta satu nama baharu untuk nasab anda.
3.Mungkin perlukan jabatan khas yang boleh menjaga nama ahlul bait di Malaysia. Sbb sebenarnya mereka ni pusing-pusing pun sebenarnya sangkut dengan menakan diraja juga. Pastikan ada rekod keturunan Ahlul Bait ni.
4.Sebab apa? Sebab ada beberapa limitation ahlul bait. Contoh, Ahlul Bait TAK BOLEH terima sedekah dan derma. Jadi untuk pastikan semua ahlul bait ni tak terterima mana2 derma atau zakat elok direkodkan nama mereka. Berikan jalan lain jika hendak membantu kesukaran hidup mereka.
Kalau kita sendiri majoriti dah jaga nama nasab masing-masing. Insyaallah claim memgarut ni akan tamat. Kalau ada yang mengaku juga, golongan ahlul bait akan marah dengan yakin dan kata "ini tiada dalam list". Malah seketurunan scammer itu juga boleh sahihkan "dia sebenarnya dari keturunan kami".
Bagaimana dengan kedatangan habaib luar Malaysia? Saya kira disebabkan ramai sangat ahlul bait dalam Malaysia, kita tak hamak pun yg dari luar. Kalau pun mereka masuk, mereka juga dilayan sama sahaja. Tiada yang grand dan mega.
Ramai saja ustaz dan ustazah di dalam Malaysia ni sebenarnya berdarah Rasulullah. Ada pada namanya Wan, Nik, Syed dll. Tapi tak minta disanjung dan diangkat. Seperti itu lah sebenarnya yg menepati tawadhu nya nasab yg ori.
Kpd yang dh puja keturunan nabi lebih2 tu, bawa la bertaubat. Anak nabi juga tak maksum. Anak nabi Nuh Alaihissalam pun ada yg ke neraka. Anak nabi Adam pun ada yg ingkar perintah Allah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment