Jangan Duduk Dengan Perokok

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Duduk bersama orang yang sedang merokok adalah haram. 

Wajib ‘mufaraqah’ dan meninggalkannya kerana jika tidak maka perbuatan duduk bersamanya dikira sebagai sokongan dan perakuan terhadap perbuatan haram yang dilakukan.

Rokok adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang melarangnya. 

Justeru jika ada orang yang hendak merokok maka sebaiknya dia dinasihati terlebih dahulu secara lemah lembut. 

Katakan kepadanya “Saudara, ini haram dan ia tidak halal bagimu.” 

Jika dia berdegil maka hendaklah beredar dan ditinggalkan orang itu. 

Ini sebagaimana firman Allah ﷻ: 

وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِهَا وَيُسۡتَهۡزَأُ بِهَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦٓ إِنَّكُمۡ إِذٗا مِّثۡلُهُمۡ.  

“Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepadamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran) iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka berbicara tentang perkara yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian) tentulah kamu sama seperti mereka.”

[Al-Quran, al-Nisaa’, 4: 140]

Dalam ayat di atas terdapat larangan buat Muslim duduk bersama orang-orang yang tidak mempedulikan perintah-perintah Allah ﷻ serta larangan-laranganNya.

Malah terdapat ancaman bahawa jika orang-orang yang sedemikian tidak dijauhi dan ditinggalkan ‘tentulah kamu sama seperti mereka’ kerana menyokong dan memperakui perbuatan-perbuatan haram yang dilakukan dengan duduk bersama mereka. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. 

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments