Menolak Hujah Anti Hadith: Hadith Direka Oleh Ulama?

 OLEH: Taufiq Tuah


Antara alasan mereka menolak hadith ialah kerana tuduhan mereka bahawa hadith ialah ciptaan ulama.

Mereka menuduh ulama sebesar Imam Bukhari sebagai 'ularmak' dan taghut. Kononnya kerana Imam Bukhari antara yang mencipta hadith.

Tuduhan ini akhirnya terpalit juga kepada imam² hadith yang lain dan juga imam mazhab. Kerana di dalam kitab dua jenis imam ini pastilah penuh dengan hadith.

Maka taghut jugalah Imam Syafie, Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Hajar, dll di mata mereka. Lalu siapakah ulama yang mereka akan iktiraf kalau semua ulama akan memegang hadith? Pastilah yang tinggal adalah guru mereka sendiri yang diangkat syok sendiri.

Baca lah kitab² ulama ini dan kita akan dapati kitab² mereka sarat penuh dengan hadith.

Jika mereka menolak imam-imam ini, pastilah mereka juga perlu menolak Al-Quran. Kerana kisah dan bukti pembukuan Al-Quran (sebagaimana saya buat podcast di link https://youtu.be/gQEmlQWmdBo ) juga daripada kitab hadith.

Kenapa dalam bab ini mereka bersetuju dengan kitab hadith? Kenapa mereka menerima riwayat org yg 'taghut' kan? Ternyata Al-Quran yg ada pd hari ini hanyalah milik orang yang percayakan hadith.

Yang tidak percayakan hadith, sila ambil kitab lain. Itupun kalau mereka boleh buktikan Al-Quran 'lain' mereka itu sahih.

Atau,kita cabar mereka berikan bukti kesahihan Al-Quran dan keabsahannya (tidak direka diolah oleh para sahabat), selain daripada melalui hadith.

Bukan kah ironi jika membuktikan keabsahan Al-Quran, tapi guna hadith yg telah dituduh 'direka dan dicipta oleh ulama'?

Ulama² hadith sangat sistematik dalam menerima hadith. Setiap hadith itu ada sanad. Setiap sanad ada perawinya. Setiap perawi itu ada latar belakang, biodata , sifat dan status yang direkodkan. Jika perawi itu tidak dikenali atau diketahui pendusta atau pernah pendusta maka hadith itu mudah untuk dilabel tidak sahih.

Sistematik seperti ini sehingga biodata perawi² itu juga ada kitab khasnya. Setiap perkara berkenaan hadith direkodkan sehingga ada kitab yang hanya mengumpulkan hadith² sahih dan ada kitab yang hanya mengumpulkan hadith² palsu.

Semua ini sistematik dan direkodkan sehingga orentalis kafir pun boleh semak sendiri rekod² kitab ini. Lalu ramailah orentalis yang masuk Islam daripada kerja semak² ini.

Jadi kalau anda rasa anda Muslim (konon) tapi tak percaya hadith, pergi lah semak rekod hadith tu. Bukan jadi penakut, tuduh Imam Bukhari taghut lepastu rasa diri dah betul.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments