Kebenaran Tidak Boleh Dipaksa

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Muslim disuruh supaya memberi ingatan yang baik, tegur-menegur di samping mengajak manusia lain kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sekadar menyampaikan, tanpa paksaan.

Terserah kepada empunya badan untuk menerimanya atau tidak.

Firman Allah ﷻ:

وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَأٓمَنَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ كُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ

“Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia di atas muka bumi. Maka patutkah engkau hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”

[Al-Quran, Yunus, 10: 99]

Tidak boleh memaksa orang lain supaya beriman dan menerima kebenaran kerana hidayah kejayaan milik Allah ﷻ jua.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّكَ لَا تَهۡدِي مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ

“Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah kejayaan kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kejayaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”

[Al-Quran, al-Qasas, 28, 56]

Hidayah kejayaan ialah dengan hati beriman dan menerima kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunah.

Sedangkan maklum bahawa tiada yang berkuasa atas hati manusia melainkan Allah ﷻ.

Inilah rahsia mengapa manusia tidak boleh dipaksa beriman dan menerima kebenaran kerana ia melibatkan urusan hati.

Justeru usah terlalu berharap manusia menerima kebenaran dan terlalu bersedih hati jika ada yang menolak.

Bukanlah menjadi tanggungjawab Muslim memastikan manusia semua beriman dan menerima kebenaran.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments