Kelucahan Lagu "Malam Masih Muda"

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Lagu "Malam Masih Muda" (Malam Pagi) yang menjadi siulan ramai memang bermasalah. Tidak perlu analisis panjang lebar, sekali baca sudah tahu.

Liriknya seolah-olah ditulis oleh orang yang tiada iman. Ia menceritakan tentang pemuda yang fasiq dan hidup bergelumang dengan maksiat, mengalami kekecewaan yang teruk akibat putus cinta.

Untuk mengubati hatinya yang lara, dia ke parti atau kelab malam. Kadang-kadang dia sekadar duduk-duduk kerana murung, dan ada kalanya dia menari untuk mengubati kesedihannya. Semua ini digambarkan dalam baris-baris berikut:

"Bukak mata still gelap belum pagi

...

Aku healing sampai pagi tak balik

...

Vibe sampai gila

....

Ada malam ku sedih

Ada malam ku nari sampai okay

...

Tak boleh control oh oh oh."

Ketika menulis tulisan ini, saya mencari klip videonya untuk mengesahkan kefahaman saya. (Saya cuba bertabayyun, tidak mahu memfitnah.) Dugaan saya benar. Lagu ini memang cabul. Ada babak tari-menari, berpesta, dan adegan berdua-duaan di atas katil dalam bilik antara lelaki dengan perempuan. 

Saya rasa lagu ini ada dua versi. Versi yang dinyanyikan dalam rancangan MeleTOP mengandungi lirik berikut:

"Tonight is my night

Yea I'm gettin loose

She wanted to drink so i gave her my juice."

Video tanpa baris ini (dan dengan babak yang tidak senonoh) mendapat 5.5j tontotan, sementara yang ada baris ini (tanpa babak yang tidak senonoh, kerana dinyanyikan secara "live") mendapat 339k tontonan. Jika dicari di Google, yang keluar adalah lirik dengan baris lucah ini. Bayangkan jutaan peminat lagu ini, yang sebahagiannya terdiri daripada remaja dan kanak-kanak, diracuni pemikirannya dengan kefasiqan melampau.

Daripada maklumat yang tertera di bawah kedua-dua versi, penyanyi dan penulis liriknya ialah Saixse dan MK K-Clique. Kedua-duanya Muslim. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Muslim boleh terlibat menghasilkan lagu sekotor dan sejijik ini. Kamu tidak ada otakkah?!

Semoga Allah melaknat orang yang terlibat merosakkan akhlak dan sahsiah remaja-remaja Islam dengan lagu-lagu seumpamanya. Hancur kamu di dunia dan hancur kamu di akhirat.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments