Perarakan Sambutan

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Amalan berarak sempena sambutan-sambutan tertentu tidak ada dalam Islam.

Tiada sebarang anjuran untuk berbuat demikian dalam Al-Quran atau al-Sunah.

Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah berarak membawa sepanduk dan sebagainya.

Sama ada di Mekah atau Madinah, ini semua tidak pernah berlaku.

Paling hampir pun ialah ibadah wukuf.

Sedangkan ibadah wukuf hanya disyariatkan bagi jemaah haji semasa berada di padang Arafah pada tanggal 09 Zulhijah setiap tahun.

Tanpa membawa sebarang sepanduk, banting atau kain rentang.

Tinggal lagi, dari mana datangnya majlis perarakan sambutan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam?

Zahirnya meniru amalan penganut agama lain dalam upacara keagamaan mereka.

Ini tidak wajar.



Cinta Nabi tidak perlu dalil? Tidak benar. Dalilnya sabda Nabi ﷺ “Seseorang kamu tidak dikira beriman sehingga aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi bapanya, anaknya dan sekalian manusia.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments