Fikah Jihad

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Tidak boleh memaksa kaum Muslimin berjihad dalam keadaan membawa kebinasaan dan kehancuran atas mereka.

Demikian tegas Imam al-Syafie.

Kata beliau dalam kitabnya al-Umm:

وَلَا ‌يَنْبَغِي ‌أَنْ ‌يُوَلِّيَ ‌الْإِمَامُ ‌الْغَزْوَ إلَّا ثِقَةً فِي دِينِهِ شُجَاعًا فِي بَدَنِهِ حَسَنَ الْأَنَاةِ عَاقِلًا لِلْحَرْبِ بَصِيرًا بِهَا غَيْرَ عَجِلٍ، وَلَا نَزِقٍ وَأَنْ يَقْدَمَ إلَيْهِ وَإِلَى مَنْ وَلَّاهُ أَنْ لَا يَحْمِلَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى مَهْلَكَةٍ بِحَالٍ، وَلَا يَأْمُرَهُمْ بِنَقْبِ حِصْنٍ يَخَافُ أَنْ يَشْدَخُوا تَحْتَهُ، وَلَا دُخُولَ مَطْمُورَةٍ يَخَافُ أَنْ يُقْتَلُوا، وَلَا يَدْفَعُوا عَنْ أَنْفُسِهِمْ فِيهَا، وَلَا غَيْرَ ذَلِكَ مِنْ أَسْبَابِ الْمَهَالِكِ فَإِنْ فَعَلَ ذَلِكَ الْإِمَامُ، فَقَدْ أَسَاءَ.

“Tidak wajar bagi pemerintah mengamanahkan kuasa berperang kecuali kepada orang yang diyakini agamanya, bersifat berani, penyabar, bijak dalam peperangan dan mempunyai pemahaman mendalam mengenainya, tidak tergesa-gesa dan tidak bersikap gopoh, tidak mengundang kebinasaan atas kaum Muslimin dalam apa jua keadaan, tidak memerintahkan anggota tenteranya memecahkan benteng yang dikhuatiri akan runtuh atas mereka atau mengarahkan mereka masuk ke dalam lubang berbahaya di mana mereka tidak dapat mempertahankan diri mereka, di samping keadaan-keadaan lain yang boleh mengundang kebinasaan. Jika tidak maka dia telah bertindak secara salah.”

[al-Umm, 4, 178]

Jihad disyariatkan tetapi dengan aturan dan ketetapan di mana antaranya dengan dinilai maslahat dan mudarat.

Jika mudarat lebih besar dan kesan akibatnya lebih buruk yang mana ia lebih membawa kehancuran dan kebinasaan atas kaum Muslimin berbanding kejayaan dan kemenangan, maka dalam keadaan demikian ia tidak disyariatkan.

Allah jua pemberi petunjuk.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments