Hari Kekasih (Valentine)

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar.

Muslim haram menyambutnya.

Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah.

Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan.


Firman Allah ﷻ:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya dan rahmatNya Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kalian (pasangan suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

[Al-Quran, Rom, 30:21]

Jauhilah pintu-pintu zina dan segerakan perkahwinan, jika masih belum.

Ibu bapa perlu peka dengan pergaulan anak, jangan biarkan pergaulan bebas, mudahkan perkahwinan anak terutama dari sudut perbelanjaannya, jangan sampai seperti ‘menjual’ anak dengan menetapkan mas kahwin dan hantaran mahal atas bakal menantu kerana mudaratnya akan kembali pada semua.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments