'Keadilan' Barat

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’.

Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara.

Itu hukumannya.

Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup.

Disediakan buat pesalah itu makan minum, pakaian, tempat tinggal, kawalan keselamatan 24 jam dan kebajikan lain secara percuma untuk sepanjang baki umurnya.

Dan keseluruhan kosnya akan ditanggung oleh penduduk negara berkenaan, para pembayar cukai.

Inilah keadilan dan kemanusiaan menurut Barat.

Jika diamati, sistem mereka ini lebih berpihak kepada penjenayah manakala masyarakat awam pula dipaksa menanggung bebannya.

Apa yang pasti sejak pemansuhan hukuman bunuh ini, kes-kes jenayah berat dan lain terus bertambah di negara-negara Barat.

Justeru ditegaskan sama sekali ini bukan keadilan.

Malah inilah definisi ketidakadilan serta kegagalan sistem mahkamah dan perundangan.

Dalam Islam, adanya hukuman qisas timbal balas termasuklah dalam kes-kes bunuh di mana membunuh dibalas bunuh, nyawa dibalas dengan nyawa, sehinggakan Allah ﷻ berfirman:

وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ

“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:179]

Inilah kemuncak keadilan, kemanusiaan dan kebijaksanaan yang sebenarnya, mengikut apa yang digariskan oleh hukum syariat.

Syukur atas nikmat Islam.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments