Terawih Berjemaah Di Masjid Hingga Selesai

 OLEH: Dr Idris Sulaiman



Sepanjang bulan Ramadan Muslim dianjurkan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau.
Sebolehnya hendaklah solat bersama imam hingga selesai tidak kira sama ada 23 atau 11 rakaat.
Ganjaran pahala besar menanti anda.

Sabda Nabi ﷺ:
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ‌كُتِبَ ‌لَهُ ‌قِيَامُ لَيْلَةٍ.
"Barang siapa solat (tarawih) bersama imam hingga selesai maka akan tertulis buatnya (pahala) solat sepanjang malam."
[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Dapat pahala solat sepanjang malam; dari Maghrib sampai Subuh.
Sebahagian keliru apabila hanya solat beberapa rakaat di masjid kemudian pulang ke rumah kerana mahu solat witir pada akhir malam.

Sedangkan pahala solat tarawih berjemaah di masjid turut merangkumi solat pada akhir malam.
Demikian jika solat tarawih dipimpin oleh dua orang imam secara bergilir maka hendaklah solat bersama kedua-dua mereka hingga selesai bagi meraih pahala solat sepanjang malam.

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments