Malam 27 Ramadhan: Lailatulqadar

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Malam 27 Ramadan ialah malam yang paling diharapkan berlakunya Malam Lailatulqadar.

Daripada Muawiyah bin Abi Sufyan bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

لَيْلَةُ القدْرِ ‌لَيْلَةُ ‌سَبْعٍ ‌وَعِشْريِنَ.

“Malam Lailatulqadar ialah malam dua puluh tujuh.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan bahawa sebetulnya riwayat di atas adalah mauquf yakni daripada kata-kata Sahabat, Muawiyah bin Abi Sufyan radiallahuanhu.

Sekalipun demikian, menurut Syeikh Abdullah al-Bassam rahimahullah riwayat di atas mengambil hukum marfu’ yakni daripada Rasulullah ﷺ memandangkan urusan penetapan Malam Lailatulqadar melibatkan perkara ghaib yang tiada ruang untuk berijtihad dalam menentukan waktunya secara yakin dan pasti, sebaliknya ia hanya dapat ditetapkan melalui jalan wahyu.

Dianjurkan untuk berdoa pada Malam Lailatulqadar:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعَفُ عَنِّي.

(Allahumma innaka afuwwun tuhibbu al-afwa, fa'fu anni)

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan maka maafkanlah daku.”

Ini berdasarkan riwayat daripada Aisyah, katanya:

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ‌أَرَأَيْتَ ‌إِنْ ‌عَلِمْتُ ‌أَيُّ ‌لَيْلَةٍ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: " قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعَفُ عَنِّي.

“Aku berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku tahu bila Malam Lailatulqadar itu, apakah yang harus aku ucapkan? Jawab Nabi ﷺ: Ucapkan: Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan maka maafkanlah daku.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]


CATATAN

Doa di atas dibaca tanpa tambahan ‘karim’ sesudah ‘afuwwun’ kerana ia tidak sabit dalam mana-mana riwayat sahih.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments