Hukum Beli Blindbox (Gharar)

OLEH : Taufia Tuah

Soalan laju tanya berkenaan hukum beli blindbox. Masa dpt soalan ni pun saya dh mcm "here we go again". Kerana tahu pasti ramai yg tak suka, mengecam dan meninggalkan kita kerana nahi munkar.

Tapi pastinya kebenaran itu lebih kita cintai dan redha Allah lah yg lebih utama kita kejarkan. Boleh baca baik² penulisan ini.
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual beli al-hashah dan jual beli gharar”
(HR Muslim)
So gharar ni maksudnya pertaruhan. Mudah kata jual beli yang tak pasti. Which is kita tak tahu apa yang kita bakal dapat dari transaksi itu. Jelas jual beli seperti ini haram.
Antaranya ialah blinbox, mystery parcel, blindbook, trading card game (yg blind), tikam @ gachapon dsn. Ini semua ialah hal yg kita tak tahu apa yg kita bakal dapat hukumnya gharar.
Ada yg kata, di belakang blindbox tu ada 6 gambar yg mungkin kita akan dapat. Dan keenam-enam itu memang kita nak dan tak kisah untuk dapat. Adakah halal ketika itu?
Sama saja pengharamannya kerana asasnya kita tak tahu dari 6 itu kita dapat yang mana. Bayangkan kita beli sampai 10 box dan semuanya dapat Labubu Hijau, pasti marah juga kan? Di mana tidak kisah tadi?
Kalau nilai dalamnya semua sama? Memang asal blinbox tu dibuat oleh pengilang dgn kos yg sama. Sbb nk dijual dgn harga yg sama. Itu tak pn menghalalkn apatah lg itu mmg modus operandinya.
Bayangkan pula seperti blindbook yg kita beli dengan nilai RM30 dan tahu nilai dalam setiap bag itu mmg RM30. Namun kita dapat buku yg tak kena dengan jiwa kita. Adakah ia menguntungkan?
Apatah lg barang dalam blinbox pun akhirnya memberi harga resale yg berbeza. Maka lebih menambah ketidak wajaran menghabiskan duit ke tempat tak pasti itu.
Ada juga yg akan bandingkan dengan membeli buah atau beras yg mana mungkin kita tahu seketul² atau sebutir² keadaannya. Hakikatnya buah² ini kita boleh pilih keadaannya dan jika pun tidak, ketika kita buka dan buah itu busuk, kita berhak minta tukar ke penjualnya.
Tapi klau beli blindbox dan dapat barang yg kita tak suka, adakah kita boleh komplen dan meminta refund? Pastinya tidak.
Tak lupa juga ada yg minta kita berniat untuk beli kotak je bkn nak beli dalam. Jadi halal lah sebab kotak tu jelas. Ini semua ialah usaha untuk menipu diri sendiri. Ingatlah ketika lidah kita menyebut apa yang menyenangkan hati kita, sesungguhnya yang menghisab kita nanti ialah tuhan Yang Maha tahu segala isi hati. Wallahualam
Taufiq Tuah
27.06.25 | 01.01.47
Puncak Alam, Selangor

Comments