ABU SUFYAN SELAMAT

 


Rindu nak menulis sirah. Sebenarnya kerana rindu kita juga kepada Rasulullah.

Masa Fathul Mekah asalnya memang diperintahkan kekuatan yang besar untuk mengepung Mekah. Jadi Abu Sufyan yang ketika itu belum Islam, pergi meninjau untuk mendapatkan maklumat.

Takdirnya Abu Sufyan telah ditangkap oleh Abbas bin Abi Talib. Ketika ditangkap, Abu Sufyan ditunjukkan kekuatan-kekuatan tentera yang sangat hebat. Sepertinya kawad tentera mungkin pada zaman ini.

Abu Sufyan tak menyangka betapa besarnya kekuatan orang Islam. Malah di antara kabilah-kabilah bergaduh pada hari ini telah bersatu di bawah perarakan yang sama. Abu Sufyan sedar, kekuatan kafir Quraisy di Mekah tidak akan dapat mengalahkan tentera-tentera Muslimin ini.

Malah Abbas pula berkata, "tidak ada jalan keluar untuk Quraisy selain Islam".

Malah ketika Rasulullah berdialog dengan Abu Sufyan pun Rasulullah bertanya,
“Wahai Abu Sufyan, belum tibakah bagimu untuk mengetahui bahawa tiada Tuhan selain Allah?”

Abu Sufyan menjawab,
“Tentu, hal itu aku tidak bangkang sedikitpun"

Rasulullah tanya lagi,
“Belum tibakah masanya untuk kamu mengetahui bahawa aku adalah Rasul Allah?”

Abu Sufyan menjawab,
“Tentang ini… aku masih mempunyai keraguan dalam hatiku.”

Akhirnya Abu Sufyan memeluk Islam juga. Selepas syahadah, Rasulullah memberikan jaminan keselamatan kepada Abu Sufyan. Kenapa? Sebab kekuatan yang besar sedang ke Mekah. Pastinya Abu Sufyan khuatir atas keselamatannya dan orang-orang Mekah.

Kemudian Rasulullah beri juga jaminan keselamatan sesiapa yang berada di dalam rumah Abu Sufyan. Abu Sufyan kata, "Tidak cukup", kerana rumahnya hanya kecil.

Rasulullah menambah jaminan kepada sesiapa yang berlindung di dalam Masjidil Haram. Kemudian Abu Sufyan mengatakan juga tidak cukup. Sehinggalah jaminan Rasulullah berikan kepada semua yang menutup pintu rumah masing-masing dan duduk di dalamnya.

Jelas ketika itu, sesiapa yang hanya duduk di dalam rumah masing-masing di Mekah, tidak akan diapa-apakan. Tidak boleh diserang dan dijamin keselamatannya.

Abu Sufyan pun pulang ke Mekah dan menceritakan apa yang telah berlaku. Abu Sufyan turut mengakui keislamannya dan meminta agar semua orang duduk di rumah sahaja.

Keamanan ini diberikan kepada seluruh Mekah secara umum KECUALI beberapa orang. Ini lah orang² wanted yang halal darah mereka. Siapa mereka? Nak tahu apa jadi pada mereka? Insyaallah kena tunggu posting seterusnya.

Taufiq Tuah
30.05.26 | 13.12.47


Comments