Alhamdulillah ramai yang sedar, meminta kepada yang sudah mati itu syirik. Walaupun dikuburnya itu mana-mana wali hatta di kubur nabi sekalipun.
Kerana kita hanya boleh berdoa dan meminta hajat kepada Allah SAHAJA.
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
[Surah Ghafir (60)]
Adapun untuk 'ikhtiar' sesuatu yg kita minta itu, boleh lah kita zahirkan bantuan kepada manusia. Misalnya kita sakit, lalu kita berdoa agar disembuhkan. Ikhtiarnya, kita meminta nasihat doktor tentang apakah langkah medikal yang seterusnya.
Ikhtiar itu juga perlu lah sesuai dengan apa yang dihadapi. Jika masalah kita ialah demam berlarutan, maka tak wajarlah kita ikhtiar dengan berjumpa mekanik kereta. Takut disuruh kita consume bagi Coolant bateri pula 3 kali sehari lepas makan. Saya kira bab ni selesai.
Dalam bab hajat juga, kita dibolehkan bertawasul dengan orang-orang yang masih hidup. Contoh ada sahabat kita nak ke umrah, lalu kita kirimkan doa kepadanya. Itu juga tawasul.
Atau ada sahabat kita yang kita rasa dia soleh. Lalu kita call dia minta doakan kita. Itu juga tawasul yang dibenarkan. Yang dilarang ialah sahabat solehnya dah meninggal, lalu kita minta sahabat di kubur tu, doakan kita. Ni terbalik ni. Patutnya kita doakan si mati, bukan si mati doakan kita. Jelas.
Tapi rupanya tawasul dgn org hidup pun tak boleh. Ha? Mcm mana? Bukan td dah kata boleh?
No. Sebenarnya ada time tak boleh. Iaitu ketika orang itu tak dengar permintaan kita. Contoh,
Kita sakit dan nak minta kawan kita Seman untuk doakan kita. Kita pun kata "wahai Seman, doakanlah aku blablabla.." Tapi Seman takde di dpnnya. Seman tak dgr pun. Sbb Seman tgh kat tmpt lain.
Meminta seperti ni walaupun atas nama Seman yg masih hidup, adalah dilarang. Kerana jelas, Seman tak dengar. Ketika kita laungkan kenyataan seperti tadi, bermakna iktikad kita ialah Seman dengar. Sedangkan hanya Allah yang Maha Mendengar.
Taufiq Tuah
31.12.25 | 26.06.47
Comments
Post a Comment