Memang diketahui ada sahabat yang memang bersedekah tiap hari. Ada yang tiap hari pergi ke pasar. Biasa kita ke pasar cari bahan masak. Tapi sahabat ni ke pasar, cari orang miskin untuk disedekah.
Ada sahabat yang kaya sangat dan macam-macam ibadah dia dah buat. Tapi dia belum bagi orang hutang. Jadi dia pun cari orang untuk bagi dia hutangkan. Cukup bulan ada yang tak bayar, dia halalkan. Yang datang membayar pun dia halalkan. Kisah ini saya dengar dari Dr Khalid Basalamah.
Begitulah tahap iman para sahabat. Banding dengan saya sendiri, jauh lah panggang dari api. Tapi apa yang saya rasa tercapai mungkin ialah. Istiqamah. Mungkin boleh amount kan sedekah setiap hari. Atau mungkin setiap minggu. Mungkin juga tiap bulan akan ada sedekah amount yang besar. Jangan lah pula tiap setahun sekali baru sedekah. Jelas terang lagi tak tersembunyi pula bakhilnya nanti.
Tips?
Pertama mestilah kemahuan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kalau setiap hari atau setiap minggu, saya biasanya akan buat combine data. Saya memang simpan QR kod bank kumpulan² terpecaya untuk saya danakan. Jadi bila ada yang nak sedekah, boleh je terus scan dari mana-mana QR tu.
Saya sendiri tapis QR mereka mengikut yang saya percaya dan tahu saluran duit mereka ke arah mana. Ada ngo, tahfiz, dakwah luar negara, rumah anak yatim, dll. Saya kumpulkan dalam telegram, kalau ada yang nak ikuti boleh bagitahu saya.
Jadi bila ada rasa lebih, buka group telegram itu dan scan je mana² ikut mood kita. Ya manually.
Tapi kalau bulanan ada kaedah yang auto. Isi je borang dan dia akan auto sedekah setiap bulan. Boleh lalu link: https://infaqpay.my/go/yayasanbushra . Bagusnya pula, walaupun bulanan tapi tak semestinya kena bagi ribu-ribu sebulan. Macam saya sendiri pun belum mampu. Jadi boleh lah letak RM50 ke RM30 ke. Kalau saya letak RM30 itu pun minda saya dok kata "RM1 lah tu sehari".
Ini antara kaedah lah untuk istiqamah dalam sedekah. Selain daripada faham fadhilatnya dan faham bahawa sedekah tak mengurangkan harta. Tapi usaha kita dalam mengecapi redha Allah tetaplah perlu dilaksanakan. Insyaallah.
Taufiq Tuah
24.01.26 | 05.08.47
Comments
Post a Comment