Jemputan Iftar Hadiah Khaadimul Haramain Al-Syareefain 1440H


20/5/2019 , KL: Pejabat Mustasyar Islami telah menganjurkan satu majlis iftar dengan kerjasama Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) & Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) kepada lebih 30 NGO & rakan media di Kuala Lumpur, semalam.

TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia yang baru, Syeikh Abdulrahman Ibrahim Al-Robian telah sudi menerima para tetamu sejak 6:30 petang semalam.

Wakil setiap NGO & media memperkenalkan diri di dalam majlis di samping tazkirah pendek & solat Maghrib bersama.

Majlis berbuka dihidangkan dengan kurma sukkari & air yang kemudian disambung dengan makanan nasi Arab yang menjadi tradisi orang Arab dihidangkan selepas solat Maghrib berjemaah.

Gerakan PENA Malaysia antara NGO yang telah dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Kami mengira ini sebagai satu penghormatan buat kami yang mana kami sebenarnya berasa kerdil akan jemputan ini. Namun syukur kehadrat Allah, atas jemputan ini.

Malam iftar ini bukan sahaja mengeratkan hubungan di antara Gerakan PENA Malaysia dengan Arab Saudi, tetapi juga sebenarnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama NGO Islam yang sama-sama berjuang dengan fiqrah dan manhaj yang sama. Harapan kami agar hubungan di antara Arab Saudi dan Malaysia akan sentiasa kukuh samada pada waktu ini mahupun untuk waktu-waktu mendatang.
























Comments