Misi Gerak Aqidah

Pada 1 Rabiul Akhir 1445H, 3 Oktober 2023, telah berlangsung program Misi Gerak Aqidah anjuran Gerakan PENA Malaysia.



MISI
Membuka mata masyarakat bahawa isu aqidah bukan isu yang enteng dan tidak patut diketepikan.

VISI
Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga tauhid dan aqidah dan jauhkan diri daripada syirik.

PENGENALAN
Misi Gerak Aqidah (MGA) ialah usaha untuk mengimarahkan pengajian aqidah di dalam masyarakat sebagaimana aqidah pegangan imam 4 mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sahih.



DUA BAHAGIAN MISI

1. Kuliah : Kuliah berkala akan diadakan secara bulanan membincangkan isu aqidah dan akan di-upload di semua laman sosial Gerakan PENA Malaysia untuk diakses percuma.

2. Kitab : Buku atau bahan kuliah yang berkenaan akan diagihkan kepada sekolah-sekolah, rumah anak yatim dan badan dakwah yang terpilih.

Penasihat misi: Ustaz Abu Faroq Rasul bin Dahri



PLAYLIST VIDEO MISI GERAK AQIDAH

1. Himpunan Risalah Aqidah, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.


2. Aqidah Islamiyyah, Sheikh Muhammad Jamil Zienu.

3. Soal Jawab Bersama Ustaz Abu Faroq


Untuk infaq boleh terus berhubung dengan Abu Ubaidah melalui Whatsapp: 011-1010 8179




Comments