Lagi Sejarah Syiah

OLEH: Zulfikar Egar

Syiah jika diikut makna bahasa bermaksud penyokong atau pendokong.

Jadi kalau ikut istilah bahasa ini maka penyokong PH atau penyokong BN, bolehlah dikatakan mereka itu adalah Syiah PH atau Syiah BN.

Tetapi itu jika diikut daripada makna istilah bahasalah.

Namun pada hari ini jika disebut Syiah, mereka ini adalah orang yang dasar fahamannya tidak selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab Sunnah yang 4 sama ada dari segi akidah mahu pun fekah. Termasuklah juga dari kepimpinan.

Disebut Syiah, kerana golongan ini menganggap diri mereka adalah penyokong Saidina Ali bin Abu Talib R.A dan anaknya Hussein R.A.

Jika dilihat atau ditinjau dari sejarah, asalnya golongan Syiah ini tidak bersetuju dengan kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Uthman R.A dengan menganggap hanya Saidina Ali bin Abu Talib R.A seorang sahaja yang layak menjadi Khalifah.

Namun Syiah pada ketika itu tidaklah mengkafirkan para sahabat. Masih menghormati mereka lagi.

Senang cerita, Syiah pada ketika itu belum lagi menjadi "religion" seperti hari ini. Hanya berkisar pada masalah politik sahaja semata-mata.

Syiah muncul selepas berlakunya pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan R.A.

Dicetuskan oleh Abdullah bin Saba' seorang yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, dengan meniup api permusuhan dalan kalangan umat Islam.

Sebab pada ketika itu muncul kedua kelompok besar umat Islam yang bertelagah.

Iaitu penyokong Ali bin Abi Talib R.A yang juga disebut Syiah Ali. Dan juga penyokong Muawiyah bin Abu Sufiyan R.A juga disebut sebagai Syiah Muawiyah.

Namun gelaran syiah itu kekal pada pengikut Saidina Ali bin Abu Talib R.A hingga sekarang.

Bahkan lepas beberapa masa, berubah mengkafirkan terus sahabat-sahabat nabi S.A.W kecuali beberapa orang.

Itu pun selepas orang Parsi yakni Iran pada hari ini memeluk Islam dan menganggap mereka adalah Syiah kepada Ali.

Walhal sebenarnya rata-rata mereka masih menyimpan dendam kesumat kepada Islam lebih-lebih lagi kepada Amirul Mukminin Umar al-Khattab R.A yang menumbangkan Empayar Parsi.

Walaupun memeluk Islam, namun semangat atau fahaman majusi masih ada pada mereka. Ini boleh dilihat apabila anak perempuan raja Parsi berkahwin dengan cucu Nabi iaitu Saidina Hussein bin Ali R.A.

Mereka menganggap benih atau zuriat yang lahir daripada kedua-dua mereka adalah keturunan yang mulia.

Di mana sebelum itu mereka mengangap Raja Parsi adalah jelmaan tuhan. Bila anak perempuan raja Parsi berkahwin dengan cucu Rasulullah. Maka lagilah bertambah mulia.

Justeru itu boleh dilihat Imam-iman Syiah hanya berasal dari jalur Saidina Hussein bin Ali R.A, bukan daripada abangnya Hassan bin Ali R.A.

Itu pun hanya daripada jalur isterinya yang merupakan anak raja Parsi. Sedangkan Hussein bin Ali R.A juga mempunyai anak daripada isteri yang lain.

Masalah syiah bukan semata-mata mereka penyokong Ali mahu pun dari masalah fekah. Tetapi akidah juga.

Golongan ini menganggap para Imam mereka adalah pembuat hukum serta maksum tiada dosa. Bahkan darjat Imam mereka setara para Nabi.

Serta mereka memuja Ali dan anaknya Hussein R.A sampai ke tahap tuhan yang boleh mengkabulkan hajat serta doa dan menyelamatkan mereka di akhirat nanti.

Ini termasuklah menipu dan berbohong dalam mencipta hadis-hadis palsu.

Juga sampai satu tahap dari segi kepimpinan, akan membunuh ahli sunnah yang tidak mengikuti mereka.

Jika ada mengatakan ada Syiah yang baik dan tidak ekstrem, itu pun hanya daripada aliran Zaidiyyah yang tiada masalah dengan Abu Bakar dan Umar al-Khattab R.A.

Cuma berselisih dengan menganggap hanya Ali bin Abu Talib R.A layak jadi khalifah terlebih dulu berbanding Uthman bin Affan R.A.

Syiah Zaidiyyah ini seolah-olah hampir dengan ahli Sunnah namun bukanlah ahli Sunnah. Syiah Zaidiyah didirikan sempena nama Imam Zaid bin Ali Zainal-Abidin yang merupakan salah satu Imam Ahlul Bait (keluarga Nabi), yang merupakan cicit kepada Khalifah Ali bin Abu Talib dari jalur Hussain R.A.

Namun pada zaman ini golongan yang berasal daripada Mazhab Syiah Zaidiyyah kini kebanyakkan mereka telah bertukar menjadi Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah, tunduk kepada Wilayatul Faqih dan mendapat dokongan kuat dari Iran.

Mereka adalah puak Houthi iaitu golongan Pemberontak Syiah yang menyerang Sanaa Yaman pada beberapa tahun yang lalu.

Wallahualam.


___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments