Makrifat dan Anti Hadith Menolak Kewujudan Syurga dan Neraka

 OLEH: Taufiq Tuah

Ada di antara penganut ajaran sesat ini daripada beberapa kumpulan makrifat dan anti hadith. Mereka sewenang-wenangnya menolak kewujudan syurga dan neraka.

Mereka juga menolak wujudnya pahala dan dosa.  Setelah diteliti, sedarlah saya mengapa penganut² ajaran sesat menolak hal² ini.

Dalam Al-Quran jelas menyebutkan tentang neraka dan syurga. Terlalu banyak dengan pelbagai nama. Jelas, yang baik akan ke syurga dan yg buruk akan ke neraka.

Seperti biasa, penganut² ini suka memutar belit makna ayat al-Quran ikut nafsu mereka. Wahyu yg turun melalui Rasulullah ini sewenang-wenangnya dicabuli oleh puak² laknat ini.

Bagaimana? Mudah. Mereka menafikan kalimah 'Jannah' itu membawa maksud syurga. Sebaliknya, mereka kembali kpd kata asal akar perkataan 'Jannah' yang bermaksud 'Taman'. 

Ya! Mereka takwil pemahaman mereka sendiri ikut kesesuaian nafsu mereka. Demi memadamkan 'syurga dan neraka', 'pahala dan dosa' , hari kiamat dan akhirat.

Sebahagian anti hadith turut menuduh Islam mencedok konsep syurga dan neraka dari agama² kafir kuno. Sedangkan penafian terhadap syurga dan neraka itu sangatlah mirip dengan Aetism. Malah sangat serupa dgn inkernasi milik hindu budha.

Tidak hairanlah mereka menafikan hampir semua ibadah, kerana mereka tidak percayakan timbangan mizan dan hari hisab. 

Maka dapat disimpulkan sebah utama mereka menafikan syurga dan neraka ialah "Kau tak faham ayat ni. Sebenarnya ayat ni maksudnya mcm ni...." Sedangkan para sahabat tidak memahami seperti mereka.

Baik sebahagian makrifat mahupun anti hadith, mereka berkongsi alasan yg sama bagi memadamkan ibadah. Bagaikan al-Quran itu hanya difahami oleh mereka lalu tidak difahami oleh para sahabat. 

Semoga Allah hancurkan puak² ini. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments