Syirik Orang Yang Dakwa Tahu Perkara Ghaib Kerana Mengambil Sifat Tuhan

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Hanya Allah ﷻ yang tahu perkara ghaib.

Tiada sesiapa pun daripada kalangan manusia yang tahu perkara ghaib.

Firman Allah ﷻ:

قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُۚ وَمَا يَشۡعُرُونَ أَيَّانَ يُبۡعَثُونَ

“Katakanlah: Tiada sesiapapun di langit-langit dan di bumi yang tahu perkara ghaib kecuali Allah!"

[Al-Quran, al-Naml, 27:65]

Firman Allah ﷻ:

قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِي خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak tahu perkara-perkara yang ghaib.”

[Al-Quran, al-Anaam, 6:50]

Dalam ayat di atas Allah ﷻ perintahkan supaya Nabi ﷺ menegaskan perkara ini iaitu bahawasanya baginda ﷺ tidak tahu perkara ghaib.

Kerana itu Islam membatalkan perbuatan perdukunan dan kebomohan di samping tukang ramal dan tilik nasib yang mendakwa tahu perkara ghaib.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌أتى ‌كاهِناً فصدَّقَهُ بما قالَ فقد كفَر بما أُنْزِلَ على محمَّدٍ

“Barang siapa mendatangi ‘kahin’ lalu membenarkan ucapannya kata maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan atas Muhammad.”

[Sahih. Riwayat al-Bazzar]

‘Kahin’ ialah orang yang dakwa tahu perkara ghaib dengan bantuan syaitan.


CATATAN

Nabi ﷺ pun tak tahu perkara ghaib apatah lagi orang lain. Orang yang dakwa tahu perkara ghaib adalah pembohong lagi penipu.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments