Berpijak Di Bumi Nyata


 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Banyak org marah trump isu Gaza. Isu two state solution. Mahu atau tidak, kita kena berjejak di bumi yang nyata.
Nabi sendiri waktu fasa Mekah, nabi berjejak di bumi yang nyata. Nabi tak kata, "aku nabi, korang semua ikut aku. Aku ada pelbagai mukjizat dan doa yang confirm makbul"
Nabi sendiri berhijrah daripada bumi Mekah yang beribu kali ganda nilainya berbanding bumi Palestin.
Nabi sendiri bina perjanjian Hudaibiyah yang jelas berat sebelah. Bayangkan diplomat Quraisy waktu tu Suhail bin Amru sanggup paksa anaknya sendiri depan nabi sebab anaknya dah memeluk Islam untuk balik ke Mekah untuk diseksa.
Bukan '2 state solution', Tapi tiada state langsung.
Terpaksa pindah ke Madinah selain arahan dan wahyu Allah, nabi sendiri perlu suaka politik selain langkah strategik waktu tu.
Kenapa nabi tak doa je, biar musuh dia semua ditelan bumi atau dihempap bukit yang ada di mekah?
Bukankah doa nabi itu makbul?
Ini kerana nabi nak ajar, dunia realiti berbeza dengan fantasi. Nabi sendiri bina strategi daripada bumi Madinah untuk takluki kembali Mekah.
Jadi, kalau kita sekarang tak suka musuh tu, apa negara Islam boleh buat?
Fikir realiti sekarang. Musuh tu ada segalanya. Dia memang bukan setakat nak rampas Palestin, tapi buat Greater Israel.
Kita memang ada Allah, tapi dunia Islam perlu berjejak pada realiti. Saya rasa mana-mana pemimpin Islam pun tak setuju bumi Palestin dirampas, apatah lagi dijadikan 2 state dgn Negara haram.
Tapi, secara realiti, apa kekuatan persenjataan yang kita ada?
Apa kekuatan ekonomi yang kita ada?
Apa kekuatan teknologi yang kita ada?
Kita dibawah memang mudah mengecam dan sebagainya. Tapi saya yakin, mana-mana pemimpin pun daripada parti mana pun kalau naik dan dilantik, tak semudah nak kata:
"boikot US"
"boikot Amerika" dan seumpamanya.
Kalau jadi pembangkang, itu isu lain sebab dia tiada kuasa. Tapi kalau jadi pemimpin yang bertanggungjawab untuk jaga keamanan rakyat, jaga kebajikan rakyat, takkan semudah itu dia bertindak kecuali negara yang akan dapat malapetaka.
Buktinya, tarif US naik pun, kita dah gelabah, pasaran pun goncang, apatah lagi kalau Trump cakap, boikot Malaysia.
Kita bukan negara sebesar kuasa besar dunia seperti China, Russia. Kita negara kecil yang makmur disebabkan kebijaksanaan pemimpin kita berdiplomasi dan berdialog dgn pemimpin-pemimpin besar dunia.
Kalau kita boikot US pun, US gelak je. Tapi kalau dia boikot, kita yang ranap. Kalau kita sendiri buat tindakan tak cerdik untuk mengundang kemarahan dia, sekejap je dia boleh takluk negara kita. Kalau sebesar Iraq pun boleh ranap, apatah lagi negara kita.
Ini bukan isu sanggup berkorban atau tidak, tetapi macam kaedah bunuh diri pun ada. Apa yang pastinya, setuju atau tak, kita kena akur.
Kalau tak, konon nak bebaskan Palestin, kita sendiri boleh terjajah balik.
Baik daripada zaman Tun Perak, zaman PM pertama bahkan sampai sekarang. Kita berjaya dengan kebijaksanaan bukan keberanian yang memudaratkan.
Bukan semua perjuangan perlu ditempuh dengan nyawa dan darah, ada perjuangan yang memerlukan kesabaran dan otak kebijaksanaan.

Fikir-fikirkanlah..
Gambar kredit daripada malay Mail.


Photo by Ash Hayes on Unsplash

Comments