Adakah Najis Anak Yang Belum Berkhitan / Sunat?

OLEH: Taufiq Tuah

Nusantara ini sgt sinonim dgn budaya berkhitan atau lebih org kita menyebutnya sebagai Khatan or Sunat.

Berkhitan ialah tuntutan syarak.
Sangat pelik apabila ada yg menganggap bahawa org yg belum berkhitan itu sebagai najis.

Sehingga diasingkan saf ketika solat di antara saf dewasa (sudah berkhitan) dengan saf kanak2 (belum berkhitan).Dengan alasan, orang belum berkhitan itu ialah najis.

Pandangan ini sememangnya kurang tepat. Islam membenarkan seorang ayah yg solat sambil mengendong bayi lelakinya. Sudah tentulah bayi itu belum berkhitan. Jika benar org tidak berkhitan itu najis, sudah tentu tidak dibenarkan mengendong bayi lelaki ketika solat.

Juga bnyk riwayat sahabat yg masih kecil bersolat sebaris di saf pertama. Menunjukkan bahawa tidak diasingkan diantara yg berkhitan dan belum berkhitan ketika solat.

Jika benar yg belum berkhitan itu najis, maka membawa mereka.ke masjid juga tidak boleh kerana telah mengotori masjid.

Menjadi tekanan kpd anak2 apabila selepas mereka berkhitan, antara ayat yg terpacul dri mulut mereka ialah "yeayy dah boleh solat sebelah ayah".

betapa lama mereka menahan pendam untuk bersolat di saf hadapan tetapi dilarang oleh mereka yg menganggap x khitan sebagai najis.

kesimpulannya, pandangan yg mengatakan org belum berkhitan itu najis ialah kurang tepat. Dan jangan menyiksa batin anak2 hny kerana mereka ingin bersolat di sebelah ayah mereka. bukankah lebih baik mereka bersolat disebelah ayah mereka daripada mereka keluar jemaah dn terus bermain dgn selipar para jemaah.



wallahualam.
___________________________
       Taufiq Tuah
       ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments