OLEH: Taufiq Tuah
Keanggotaan ini lah yang akhirnya akan membentuk Majlis Syura dan akan memilih bagi melantik siapakah khalifah.
Kebiasaannya, Ahli Halli Wa Aqdil ialah terdiri daripada orang-orang alim dan soleh. Di zaman tabien, kebiasaannya yang menjadi Ahli Halli Wa Aqdil ialah para sahabat agung seperti Abdul Rahman Bin Auf RA dan Ibnu Umar RA.
Ketokohan mereka diiktiraf oleh masyarakat dan tidak lari dari ketetapan Al-Quran dan Sunnah. Apabila berberapa tokoh ini berbincang di dalam Majlis Syura, maka akan terlantiklah seorang khalifah yang hebat kerana pemilihan berdasarkan perbincangan orang-orang hebat.Beginilah sistem perlantikan pemimpin berdasarkan sistem siyasah Islam. Mereka akan memilih orang yang paling mendekati krateria Islam. Misalnya seperti mengikuti nas,
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِين
“Sesungguhnya orang yang layak untuk kamu melantiknya (menjadi pemimpin) adalah orang yang kuat lagi amanah.”
[Surah Al-Qasas: 26]
Dan apabila telah dilantik seorang pemimpin, maka wajiblah pula kita untuk mentaati pemimpin tersebut kerana dalil,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِى اْلأَمْرِ مِنكُمْ
“Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul serta pemimpin daripada kalangan kamu.”
[Surah An-Nisa: 59]
Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment