OLEH: Taufiq Tuah
Misalnya, Islam mengajar umatnya mengharamkan riba. Melaksana kehakiman yg adil. Menetapkan siapa yg layak menjadi saksi. Mencatat segala hutang piutang yg urusannya belum selesai. Menetapkan krateria seorang wali. Menetapkan hukuman yg seadilnya bg pesalah (hudud dan qisas). Mengharamkan perjudian, mabuk dan sebagainya. Betapa Islam mengajar gaya kehidupan unggul kepada umatnya.
Negara kita negara majoriti penduduknya muslim dan pemimpinnya juga muslim, tapi mengapa keunggulan Islam itu tidak terzahir di dalam negara ini?
Hal ini adalah kerana ada diantara kita yg berfikir bahawa,
1. "Ini undang-undang Allah SWT, kita tak yah buat apa pun Allah akn tetap tegakkn juga."
-Kita pandang enteng dlm menegakkan kehendak Allah SWT kerana kita rasa Allah SWT akan membantu agama ini 100% tanpa sebarang usaha dr umatnya.
Sedangkan Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sampai mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
-Surah Ar-Rad: 11
2. Orang Islam memperendahkan hukum Allah dan mengagungkan amalan barat. Kemudian merasakan bahawa hukum Allah SWT itu kolot dan tidak realeven.
-Jika pembaca berpandangan sedemikian, itu bermakna anda belum memahami sebenar-benarnya hukum Allah yg Maha Adil. Allah SWT tidak akn menzalimi hamba-hambanya.
(Tentang keadilan hukum Allah SWT akan diperbincangkan pada pautan akan dtg Insyaallah).
Dalam surah Al-Anfal ayat 51,
"Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya"
3. "Nabi buat setakat ini sahaja. Maknanya jika kita buat lebih, maka itu lebih baik"
- Sifat ini ialah sifat di mana seorang insan memperkecilkan perbuatan Rasulullah SAW. Sewenang-wenangnya mereka boleh mengatakan perbuatan mereka itu lebih baik daripada Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW ialah sebaik-baik tauladan. Kita haruslah ikuti apa yg baginda ajarkan tanpa membuat sebarang penambahan dalam syariat. Segala penambahan dlm syariat yg dibuat selepas Rasullah SAW wafat adalah tertolak dan bukanlah drpd Islam.
![]() |
| Gambar via -gatra- |
Contoh, hukum sebat yg digariskan dalam Islam ialah sebat menggunakan pelepah tamar atau semisal dgnnya. Namun kita menggunakan cemeti ekor pari dn yg lebih mudharat dari itu dengan alasan lebih sakit itu lebih baik. Sehingga terkoyak tubuh2 pesalah tersebut. Apa yg Allah SWT telah gariskan, maka kita tidak boleh langakui. Mengikut garis Islam itu adil, melampaui had itu zalim.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment