OLEH: Taufiq Tuah
Hakikatnya Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahui tarikh yg tepat, tetapi Rasulullah SAW memberikn isyarat bahawa malam itu terletak di 10 malam terakhir Ramadhan. Ada juga yg menspesifikkan lagi bahawa ia 10 malam 'ganjil' terakhir Ramadhan.
Ramai ulama yg membuat pengiraan tentang malam ini. Maka dapat lah pelbagai pandangan tentang malam ini. Ada pandangan yg mengatakan ia belaku pada 27 Ramadhan. Ada juga yg membuat kiraan bahawa malam Lailatul Qadar ini bertukar setiap tahun tarikhnya memgikut kitaran.Sebenarnya, Allah SWT merahsiakan waktu sebenar supaya kita tidak mengkhaskan ibadah pada malam itu sahaja.
Benar, semua org sdg mengejar mlm tersebut. Namun dengan mengira tarikh seperti demikian sebenarnya tidak wajar untuk diketengahkan. Yang lebih baik ialah kita mengejar malam tersebut dengan cara perbuatan ibadah kita yg konsisten sepanjang Ramadhan. Ini bagi memupuk kita melakukan ibadah bukan pada malam Lailatul Qadr sahaja.
Adapun tabiat org nusantara yang suka membuat sifat Lailatul Qadar itu seperti yg kita biasa dgr.
"Nanti kita nampak pokok tengah sujud pada kita"
"Nanti bulan tu nampak terbelah"
"rumput semua menangis"
"Nanti bulan tu nampak terbelah"
"rumput semua menangis"
Sehingga asatizah kita boleh kata, "Saya dulu bukan apa, tapi penah juga hari tu sekali pokok sujud pd saya di bulan Ramadhan."
Nauzubillah minzalik.
Nama malam Lailatul Qadar telah pun menjadi permainan dalam bualan mereka.
Pokok itu ciptaan AllahSWT, mengapa pula pokok nak sujud pada kita? Sedangkan pokok juga mengenal siapa tuhan mereka.Hanya kita kadang suka mereka cerita.
Wallahualam
___________________________
~Taufiq Tuah~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment