Asal Usul Kenduri Tahlil

OLEH: Taufiq Tuah

Gambar via -beritaharian-
Kenduri tahlil ialah kenduri yg dibuat apabila berlaku kematian. Kaum kerabat akan berkumpul di rumah org yg terkena kematian dn akan membaca wirid tertentu beramai-ramai kononnya untuk mensedekahkan wiridnya kepada si mati. Kemudian, mereka akan dijamu dgn hidangan oleh tuan rumah. Hal ini menjadi adat kpd org di nusantara.

Isu Perbincangan,




SAMPAIKAH SEDEKAH AYAT QURAN DAN WIRID KEPADA SI MATI?
Hujjah yg tepat dalam bab ini ialah bacaan ayat Quran dan wirid adalah tidak sampai kepada si mati.

 Hal ini bertepatan dengan dalil,
 "Seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan bahwasanya manusia tidak akan memperoleh (kebaikan) kecuali apa yang telah dia usahakan”
 [An-Najm : 38-39]




MEMAKAN JAMUAN KENDURI TAHLIL
Hal ini telah pun melanggar Sunnah Rasulullah SAW.

"Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian." (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Menjadi Sunnah apabila mendengar kematian adalah memberikan makanan kepada keluarga si mati dan bukannya membiarkan keluarga si mati menjamu org kampung atas kematian.

dalil dalam hal ini ialah,
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’afar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan (menyulitkan) mereka.”
(Abu Daud, Tirmizi).

ASAL USUL KENDURI TAHLIL
Kenduri Tahlil ini bukanlah asal daripada Islam. Malah tidak berdalil daripada Islam.

Dalil yg wujud hanyalah dri agama Hindu seperti
Kitab Hindu Samaveda Jilid 1 m/s 333 =  "asal kenduri selamatan 1, 3, 7, 40, 100 hari....."

Mungkin dek pengaruh hindu budha yg sudah lama bertapak di Nusantara menyebabkan ia bercampur aduk dengan agama Islam.

Namun bagi yg sudah tahu, haruslah menghentikan budaya ini kerana ia bukan dari Islam (tapi dari hindu) dan ia juga telah bertentangan dengan Sunnah.

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments