OLEH: Taufiq Tuah
Perbincangan kali ini ingin membincangkan sejauh mana pemakaian purdah dan niqab ini di dalam syariat dan bagaimana pula cara pengaplikasiannya?
Hal pertama yang perlu difahami ialah apakah aurat wanita? Menjawab soalan ini, maka boleh rujuk melalui hadis,
يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا
Wahai Asma ! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangan).
[HR Abu Daud - Sahih]
Antara yang berpandangan aurat wanita seluruh anggota badan tanpa kecuali ialah Imam Syafie RH dan Imam Hambali RH. Namun jumhur ulama berpandangan bahawa aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Bagi penulis sendiri, yang lebih tepat ialah pandangan jumhur kerana hadis riwayat Abu Daud di atas. Adapun begitu ini ialah khilaf muktabar dan kita berlapang dada di dalam sudut fiqh insyaallah.

Malah bagi yang berpandangan muka dan tapak tangan tidak termasuk aurat wanita, kita juga mengakui bahawa memakai purdah ialah lebih baik.
Wanita yang memakai purdah dan niqab biasanya digelar sebagai 'Niqabis'. Para Niqabis haruslah tahu bahawa memakai pemakaian seperti itu adalah dengan tujuan menjaga harga dan maruah diri. Juga supaya dapat dijauhi daripada pandangan liar ajnabi. Hal ini perkara yang terpuji kerana wanita tidak sepatutnya menonjolkan diri mereka di dalam masyarakat.
Jika mereka memakai niqab tetapi niqab nya bercorak-corak, bertulis-tulis dan bergambar, maka perbuatan ini sebenarnya telah lari dari tujuan syarak. Hal ini kerana perbuatan mereka itu hanya akan menarik lagi perhatian ajnabi. Ini lah contoh-contoh tabaruj yang ramai tidak menyedari.
Juga adanya perbuatan Niqabis yang mengambil gambar sambil berniqab kemudian memasukkannya di laman sosial. Hal ini juga tidak menepati tujuan syarak. Malah ini sedikit sebanyak telahpun menyumbang kepada perasaan riak dan takabur.
Wanita sebenarnya tidak dibenarkan untuk menyebarkan gambarnya di laman sosial. Gambar-gambar wanita ini akhirnya akan membawa kepada fitnah dan penyalah gunaan netizen. Betapa banyaknya kes-kes gambar wanita diedit untuk menimbulkan fitnah. Malah tidak dinafikan wujudnya laman tertentu yang mengumpulkan gambar-gambar wanita untuk bahan 'mencuci mata' bagi para lelaki.
Berpurdah mahupun tidak berpurdah, wanita tetap tidak boleh mendedahkan gambar mereka. 'Free Hair', 'Hijabister' mahupun 'Niqabisted', semua mereka tidak boleh menyebarkan gambar di media sosial (Public) selagi tidak ada asbab yang munasabah.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment