Beban Orang Mati

OLEH: Taufiq Tuah


Dini hari, kos untuk menguruskan jenazah menjadi begitu tinggi. Ada golongan yg membentuk 'kumpulan pengurusan jenazah' dengan mengecas harga yg tertentu kpd waris jenazah.

Mengikut sosiobudaya Melayu pada asalnya, pengurusan jenazah dilakukan oleh ahli keluarga, saudara mara dan juga jiran tetangga. Semangat bekerjasama sesama masyarakat telah menjadikan pengurusan jenazah itu mudah.

Pada hari ini, masyarakat sedemikian telah mula berkurangan. Oleh itu, pengurusan jenazah dibuat oleh ahli keluarga sahaja. 

Menjadi masalah apabila ahli keluarga itu tidak tahu cara menguruskan jenazah dgn baik. Maka terpaksalah mengupah kumpulan tertentu bagi hal tersebut.

Maka kos yg  dibayar kpd org yg diupah ialah kos bahan pengurusan dan juga kos upah. 

Maka wujudlah golongan yg mengambil kesempatan dgn meninggikan harga pengurusan tersebut. 

Wajarkah kos pengurusan jenazah dicas begitu tinggi? Hal ini sebenarnya telah menyusahkan keluarga jenazah. Sepatutnya manusia tidak mengambil kesempatan di atas kematian org lain.

Maka benarlah kata kebiasaan org2 Cina, "Jangan mati kalau tiada duit".

Menguruskan jenazah sepatutnya menjadi fardhu kifayah. Entah mengapa hari ini pengurusan jenazah menjadi suatu perniagaan pula.

Kesimpulannya, janganlah kita mengambil kesempatan atas kesedihan org lain. Dan janganlah pula menjual agama dgn cara ini.

( Mungkin masyarakat Melayu pada hari ini tidak mempunyai bnyk masa untuk membantu penguruskan jenazah lagi2 jika mereka tinggal di kawasan bandar. Oleh itu, sistem Khairat Kematian diadakan bagi mengurangkan beban keluarga jenazah. Semoga mereka yg terlibat dgn pengurusan jenazah di Khairat Kematian ini dirahmati AllahSWT atas perbuatan mulia mereka).

Wallahualam.

___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments