Bekas Air Mandi Jenazah Nabi Ialah Tanah Masjid?

OLEH: Taufiq Tuah



"Air mandian jenazah Nabi menjadi titisan hujan dan sejatan itu turun menjadi tempat-tempat terbinanya masjid"

Itulah dakwaan yang mungkin kita pernah dengari daripada asatizah kita. Persoalannya, benarkah cerita ini?

1. Dakwaan ini adalah dakwaan ghaib. Bagaimana kita akan tahun hujan disesuatu tempat itu ialah bawaan awan dari mana. Bagaimana diketahui setiap hujan yang turun ialah tanah masjid. Bacaan pertama tentang dakwaan ini pun kelihatan mengarut.


2.Sifat prgerakan awan sendiri menafikan dakwaan ini. Apabila air disejat daripada sesuatu kawasan, maka awan yang menyejat itu akan berpindah ke satu kawasan dan akan hujan ditempat lain sesuai dengan saiz awan tersebut.

Misalnya air disejat di Madinah, awan pun berarak dan hujannya jatuh di Syam. Selepas habis hujan di Syam, maka air sejatan dari Madinah juga habis. Tidak sempat hujan itu mengelilingi dunia, sudah habis awannya. Bagaimana pula tanah masjid di Malaysia, Indonesia, Brunei, Jerman, Jepun dan lain-lain. Masjid di tempat ini tidak terkena bekas mandi jenazah nabi. Maka hal ini menyangkal dakwaan ini.


3. Hujan biasanya akan melibatkan ruang yang luas. Apabila hujan di rumah, kebiasaannya, satu bandar juga akan terkena hujannya. Sepatutnya, masjid juga dibina diseluruh bandar itu. Bukannya satu bandar satu masjid. Maka dakwaan di atas tiada asasnya.


4. Tidak ada dalil Al-Quran mahupun hadis yang menyokong dakwaan ini. Maka dakwaan ini boleh ditolak mentah-mentah kerana tiada sandaran yang sahih. Hanya sebutan daripada hawa nafsu asatizah.

Sebenarnya hal ini ialah hal remeh. Mereka yang mempunyai akal yang waras juga dapat menghidu kekarutannya. Namun saya merasakan isu remeh ini terpaksa juga dirungkai kerana dakwaan ini juga mempunyai pengikut yang boleh dikatakan ramai.

PENA secara rasminya menolak dakwaan ini dan menganggap dakwaan ini sebagai dakwaan mengarut dan tiada asasnya dalam Islam.

Wallahualam

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments