OLEH: Taufiq Tuah
Sebagai Muslim, kita perlu lah mengakui bahawa hari kiamat akan berlaku juga suatu hari nanti. Waktu kiamat itu tidaklah kita ketahui. Namun Islam telah menganalisis berberapa tanda sebelum jadinya kiamat.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
📚“Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat, ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.’"
[Al-A’raaf: 187]
Maka benarlah bahawa waktu berlakunya kiamat itu dirahsiakan.
Hari kiamat merupakan hari dimana manusia sekaliannya akan dimatikan pada tiupan sangkakala pertama. Dan seterusnya AllahSWT akan menghidupkan kembali manusia itu dripada Nabi Adam A.S sehinggalah manusia terakhir yg lahir di bumi.Kemudiaannya akan dikumpulkan sekalian manusia itu di padang mahsyar.
dan seterusnya berlakulah berberapa susulan sehinggalah dimasukkan manusia diantara syurga atau neraka.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment