Berlembut Dengan Al-Arqam

OLEH: Taufiq Tuah

Pautan sebelum ini telah dibincangkan tentang gerakan Al-Arqam. Membentuk satu ajaran yg akhirnya menyimpang dari Islam.

Mereka mendakwa kempimpinan mereka sebagai Imam Mahdi dan mengakui ada keturunan mereka itu Bani Tamim.

Mendakwa diri sebagai Imam Mahdi merupakan satu masalah besar terutamanya apabila pengikut-pengikutnya ghuluw kepada kepimpinan.

Al-Arqam pada awalnya membawa banyak kelebihan kpd Islam. Mereka berjuang di dalam ekonomi dgn pesat. Mereka juga banyak berdakwah dengan jalan-jalan nasyid dan sebagainya. Walau apa sahaja mereka telah lakukan, kita tetap tidak boleh berlembut dengan mereka.

Hal ini kerana mereka sewenang-wenangnya menggunakan nama keluarga nabi (ahlul bait) untuk kepentingan diri. Mempergunakan nama Imam Mahdi untuk menaikkan darjat sendiri. Ini ialah jenayah yg besar dalam umat Islam. Kita sebagai Muslim sepatutnya sensitif dlm hal ini.

Jika nak dikenangkan sumbangan mereka, sesungguhnya jenayah mencabuli dan menjaja nama keluarga Rasulullah SAW itu lebih besar mudaratnya.

Ahmadinejad juga dahulu dipandang sebagai pejuang Islam. Namun setelah dia (Syiah) mengutuk dan mengeji para sahabat Rasulullah SAW, kita takkan beri muka padanya lagi. Begitu juga lah Al-Arqam. Walau apa pun kita pandang sumbangan mereka, menjaja nama keluarga nabi untuk kepentingan diri itu juga kita tidak akan berkompromi. Hal ini kerana bab Imam Mahdi akan juga mempengaruhi akidah.

Sebagai muslim, kita sememangnya perlu sensitif dalam hal ini dan tidak perlu ber husnuzon keatas jenayah mereka.

ada yg kata, "Mungkin bukan semua ahli Al-Arqam itu mengikuti ajaran tersebut".

Namun hakikatnya, siapa sahaja yg menyertai mereka telah menunjukkan sokongan kepada perbuatan mereka. Samada menyokong dgn menyertai keahlian mahupun hanya dengan menyokong dengan lisan, semua hal itu telah pun membantu kepada kebatilan.

Mereka telah diharamkan kerana kesesatan yg nyata pada mereka. Setiap kumpulan dan organisasi yg menyokong untuk menghidupkan kembali ajaran ini mestilah dilumpuhkan serta merta.

Kita tidak mahu jenayah ini berlarutan di dalam masyarakat. Bersama kita menjaga kesucian nama keluarga Rasulullah SAW drp dikotori oleh golongan yg tidak bertanggungjawab.

Wallahualam




___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments