OLEH: Taufiq Tuah
Apabila ada sahaja pihak yg berlembut dengan Syiah, kami drpd RMB tidak akan bersama dengan mereka.
Tersedak saya ketika membaca seorang tokoh agama yang kononnya sangat menentang ajaran sesat boleh pula membenarkan untuk bersatu dengan Syiah.
Sedangkan pada masalah furu' yang diajak berbincang diantara dia dan Ahlul Hadis, tidak pula dia mahu bersemuka atau semeja. Tiba-tiba untuk syiah, boleh pula bersatu?
Syiah ialah ajaran sesat. Jelas dan nyata. Kita akan menentang sesiapa sahaja yg mencaci para sahabar dan isteri-isteri Rasulullah SAW. Bagaimana pula kita boleh bersatu dengan ajaran sesat ini sedangkan mereka duri dalam daging kita.
Bagaimana mungkin kita boleh bersatu dengan orang yg mencaci dan mengutuk keji para sahabat Rasulullah SAW? Bagaimana hendak bersama dengan mereka yg mengutuk caci isteri-isteri Rasulullah SAW. Bolehkah anda berdiam diri setelah mereka membunuh saudara-saudara seakidah kita di Iran, Iraq dan Syria? Sedang Syiah Houthi mengugut ingin menyerang Masjidil Haram, apakah tiba2 hari ini boleh bersatu dengan mereka?
RMB secara tegas tidak akan sekali-kali memberi muka kepada Syiah. Mereka ialah pembawa ajaran sesat lagi menyesatkan. Mereka ialah bencana buat umat Rasulullah SAW. Semoga Allah SWT meneguhkan hati kita di dalam landasan Islam ini
Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment