OLEH: Taufiq Tuah
Namun, tidak dapat di sangkal tentang fadhilat umum bulan Ramadhan sebagaimana hadis,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Jika bulan Ramadhan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutupi pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu”
(HR. Bukhari no. 1898, 1899 dan Muslim no. 1079.)
Daripada hadis di atas maka dapat disimpulkan bahawa pada bulan Ramadhan, pintu-pintu neraka akan ditutup, pintu-pintu syurga pula dibuka dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.
Pada bulan Ramadhan, ada satu malam yg di panggil Lailatul Qadar. Malam ini lebih baik daripada seribu bulan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْر ِلَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (lailatul qadar) itu? Malam kemuliaan (lailatul qadar) itu lebih baik dari seribu bulan.”
[ Surah Al-Qadr: 2-3]
Maka fadhilat malam bulan Ramadhan secara khusus hanya sahih pada fadhilat Lailatul Qadar. Adapun malam-malam lain tidak dinyatakam fadhilat secara khusus. Namun, fadhilat umum bulan Ramadhan itu sendiri ada dalil yg mengukuhkannya.
Wallahualam
___________________________
~Taufiq Tuah~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment