Gambar Buraq / Buroq?

OLEH: Taufiq Tuah



Sejak dahulu, sesetengah orang Melayu telah memampangkan pelbagai gambar dan ayat suci di pd dinding-dinding rumah mereka. Adapun menampal ayat-ayat suci di dinding rumah memerlukan perbahasan yg panjang lebar.

Namun kali ini ingin dikupas tentang satu  gambar yg didakwa merupakan gambar Buroq yg ditunggangi Rasulullah SAW ketika Isra Mikraj. Gambar2 ini telah ada sejak dahulu lagi dan sehingga kini, masih ada rumah2 yg menampal gambar tersebut.

Maka akan dikupas isu ini dengan isi-isi penting.

1. Org dahulu menganggap bahawa menampal gambar itu di rumah akan memberikan pelbagai faedah dan fadhilat. Hal ini ialah termasuk syirik kerana mempercayai ada sesuatu yg lain boleh memberi fadhilat selain Allah SWT.

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

“Sembahlah Allah dan janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun” (An-Nisaa`: 36).

Allah SWT sahaja lah yg boleh memberi fadhilat. Allah SWT memberikan fadhilat tanpa memerlukan sebarang perantaraan gambar, patung ataupun org soleh. Hanya agama samawi terdahulu sahaja yg terpaksa berjumpa rahib mereka untuk meminta ampun, dan org kufurlah yg pergi ke berhala lalu meminta , dan agama adatlah yg mengajar pergi meminta2 pertolongan dari gambar2 nenek moyang mereka. Maka menampal gambar dgn mengharap fadhilat ialah hal yg syirik.

2. Buroq ialah termasuk perkara ghaib. Islam mempercayai hal-hal ghaib tanpa mengetahui rupanya.  Hanya agama nasrani sahaja yg melakarkn gambar malaikat, jin dan iblis kemudian menampalkan di gereja-gereja mereka. Adakah kita ingin berbuat hal yg sama? Sebagai Muslim, cukup bagi kita untuk mempercayai kewujudan Buroq tanpa perlu mengetahui fizikalnya.

3. Lukisan yg dikatakan Buroq ini dapat diteliti dicedok daripada seni agama Hindu. Agama hindu banyak melakarkan dewa-dewa mereka yg mencampur adukkan fizikal manusia dengan haiwan yg pelbagai. Maka dipercayai ianya ialah cedokan agama hindu yg kita telah masukkn ke dlm agama Islam secara tidak bertanggungjawab.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

‘Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk bahagian dari mereka” (HR Abu Dawud, hasan)

Wallahualam

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments