Hadis Yang Tidak Dikitabkan Tetapi Ada Di Dalam Hafalan Ulama

OLEH: Taufiq Tuah

Kadangkala terdengar di meja penceramah satu ayat seperti,

"Hadis ini ada dalam hafalan saya daripada guru saya yg sanad nya terus kepada nabi. Tapi tidak pernah dikitabkan".

Dakwaan seperti di atas agak sering berlaku di meja penceramah. Apakah status hadis yg tidak dikitabkan ini?

Para sahabat mempunyai sifat di mana, mereka tidak akan sekali-kali menyembunyikan hadis. Apa sahaja hadis yg mereka dapat, mereka akan terus cerita kn kepada ummat.

Kemudian generasi seterusnya mulai mengumpulkan hadis untuk memudahkan ummat mencari hadis. Antara yg terawal ialah Imam Malik R.A.

Selepas generasi ke generasi, hadis mulai dilabel dan diklafikasikan mengikut kekuatan hadis tersebut. Kemudian ada ulama yg membukukan mengikut klafikasi itu seperti, Imam Bukhari yg mengitabkan hadis yg sahih.

Maka proses pengumpulan hadis ini telah berjalan sekian lama. Maka agak mustahil apabila masih ada hadis yg;  belum dikitabkan. Persoalannya, mengapa hadis itu tidak dikitabkan?

Jika benar ia tidak dikitabkan, maka ia ialah bukti bahawa tokoh yg mempunyai hadis tidak berkitab itu sebenarnya tidak bertanggungjawab dan tidak amanah terhadap ilmu. Hadis yg sepatutnya disebarkn kepada ummat, tiba-tiba menjadi eksklusif hanya untuk guru dan murid-muridnya sahaja.

Hadis yg berkitab dan disusun oleh ulama itu sangat teliti dgn dokumentasinya. Di sana ada perawinya dan pada keadaan apa perawi menyampaikan hadis itu. Malah setiap perawi juga dicatat tentang latar belakang mereka. Betapa sukar ulama menjaga kesucian hadis.

Amat tidak patut apabila tiba-tiba muncul satu orang insan mendakwa dirinya sendiri ada sanad terus kepada nabi melalui gurunya. Sungguh tidak berdisiplin dakwaan ini. Maka semua orang boleh mendakwa "Saya ada hadis sanad terus dari guru saya kpd nabi" dan hadis pula menjadi permainan. Malah, muncul lah hadis2 palsu dengan mudah setelah itu.

Oleh itu, segala hadis yg tidak pernah tercatat dlm kitab apatah lagi tanpa diketahui jalur perawinya maka akan dihukum Maudhu (Palsu). Haram berhujah menggunakan hadis palsu ini dan penyampainya wajib ditegah.

Wallahualam



___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments