Ibnu Abdil Barr Mengimani Aqidah Yang Bersumberkan Khabar Ahad

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

BUKTI PERKATAAN PARA IMAM AHLUL SUNNAH YANG DISELEWENGKAN OLEH HIZBUT TAHRIR


Imam al-Syafie berkata :
"Seandainya diperbolehkan bagi seseorang awam untuk mengatakan sesuatu dalam pembahasan ilmu khusus : 'Kaum muslimin telah bersepakat dulu dan sekarang atas tetapnya khabar wahid (hadis ahad) dan berhenti di atasnya (iaitu menjadikannya hujjah)'; dimana ia tidak mengetahui seorangpun dari fuqahaa kaum muslimin yang menetapkannya, maka hal itu diperbolehkan menurutku.  Akan tetapi aku katakan: "Tidaklah aku menghafal dari fuqahaa kaum muslimin bahawa mereka telah berselisih pendapat dalam penetapan khabar ahad…" (Ar-Risalah oleh Imam Asy-Syafie)

Imam Asy-Syafie ketika ditanya oleh Sa'id bin Asad tentang hadis Ru'yah (melihat Allah ketika hari kiamat) beliau menjawab : "Hai Ibnu Asad, hukumlah aku baik aku hidup atau mati, bahawa setiap hadis shahih yang datang dari Rasulullah saw aku berpendapat dengannya, sekalipun aku tidak mendengarnya langsung" (Manaqib Asy-Syafie)

Apakah di sini beliau mensyaratkan hal rukyatulllah wajib mutawatir untuk dibolehkan iman menerimanya? Bahkan dalam kitab Ar-Risalah, Imam Asy-Syafie membuat judul khusus : Al-Hujjatu fii Tatsbiiti Khabaril-Waahid.

Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan murid Imam Syafie berkata: "Azab kubur itu haq, tidaklah diingkari kecuali oleh orang yang sesat dan menyesatkan". (Thobaqot al-Hanabilah)

Imam Abul Hasan al-Asy'ari berkata: "Mereka (Ahlus Sunnah) telah bersepakat bahawa azab kubur itu haq".  (Ar-Risalah Ila Ahli Saghor).



ISTILAH YANG DIREKACIPTA OLEH HIZBUT TAHRIR UNTUK MEMBELA KESESATAN MEREKA
Untuk itu Imam Ibnu Abdil Barr menyatakan sesuatu yang akan merobek jantung pentaqlid Hizbut Tahrir: "Tidak ada perselisihan antara Ahlu Sunnah tentang Iman adanya azab kubur". (At-Tamhid )“Dalam menyikapi aqidah yang bersumberkan khabar ahad, Imam Abdul Barr berkata:

"Tidaklah setiap masalah aqidah tentang sifat Allah dan Asma'-Nya, kecuali telah tertulis dalam Kitab Allah, atau ada riwayat shahih dari Rasulullah saw, atau umat telah menyepakatinya. Dan hadis-hadis yang datang tentang itu semua atau sejenisnya diterima tanpa dibantah" (Jaami’ Bayanil-‘Ilmi wa Fadllihi)

Maksud di terima, dipercaya, adalah haq, semuanya menjurus kepada maksud MENGIMANINYA TANPA RAGU. Masalah ini akan difahami apabila kita mengerti lenggok bahasa yang digunakan oleh para ulama. Contohnya istilaah hasan pada sisi Imam Tarmizi berbeza pada sisi ulama kontemporari. Begitu juga istilah dhaif pada sisi Imam ahmad sangat berbeza pada sisi Ibn Hajar. Malah istilah istihsan pada Imam Syafie berlainan pada Imam abu Hanifah! Hatta rumuz hadis pada sebahagian ulama berbeza pada ulama yang lain serta hal ini akaan tergambar dalam ilmu jarh wa takdil di mana para ulama memiliki sebutan yang lazim mereka gunakan untuk rawi yang di tolak atau di cacatkan!

Tetapi masalah ini tidak diketahui oleh orang Hizbut tahrir yang memang tidak mempelajari hal tersebut! Mereka - HT - adalah pentaqlid yang membuta tulis yang kemudiannya mewujudkan istilah2 khusus yang mereka rekacipta sendiri yang tidak digunapakai atau tidak pernah di sebut oleh ulama mutakaddimin. Seperti membuat perbezaan antara mempercayai dgn mengimani, dan perkataan iman itu terkadang mereka bahagikan pulaa kepada tasdiq (tidak beriman 100%) dengan tasdiq jazim (beriman 100%), begitu juga mereka membuat istilah baharu yang tidak pernah wujud dalam sebarang kitab aqidah para ulama aqidah, iaitu tabligh khabar dan isbat khabar!

Jika istilah ini opernah wujud dalam sebarang kitab aqidah para ulama mutakaddimin maka kita cabar mereka untuk membawakan satu petikan dari sebarang ulama ahlul sunnah yang dicuplik dari sebarang kitab aqidah mereka!



PUJIAN PARA ULAMA KEPADA IMAM IBNU ABDIL BARR
Al-Humaidi berkata: "Abu Umar adalah seorang faqih, hafiz, dan banyak meriwayatkan hadis. Beliau adalah seorang pakar dalam ilmu qiraah dan sangat mengetahui perbezaan yang terjadi dikalangan para ulama. Beliau juga seorang yang pakar dalam ilmu hadis dan ilmu rijal".

Abul Walid Al-Baji berkata, “Tidak ada di negeri Andalusia yang menyamai Abu Umar Ibnu Abdil Bar dalam ilmu hadis". (As-Shilah)

Imam Ibnu Hazm berkata:  "Aku tidak mengetahui ada orang yang semisal dengan Ibnu Abdil Bar dalam fiqih hadis, apalagi orang yang lebih baik dari beliau". (As-Shilah)

Imam Adz-Dzahabi berkata: "Beliau adalah seorang imam yang baik agamanya, seorang yang terpercaya dan alim, pandai lagi luas ilmunya, dan sangat berpegang teguh dengan sunnah. Dahulu beliau bermazhab Zahiri, kemudian beliau menjadi seorang yang bermazhab Maliki, meskipun banyak pendapat beliau yang cenderung kepada mazhab Syafie. Dan hal tersebut tidak boleh diingkari, kerana beliau termasuk orang yang telah mencapai derajat imam mujtahid. Barang siapa yang membaca karya-karya tulis beliau, maka akan tampaklah baginya keutamaan beliau. Mulai dari luasnya ilmu beliau, kekuatan pemahaman beliau, hingga kecerdasan otak beliau". (Siyar a'lamin nubala)



MANHAJ AGAMA IMAM IBNU ABDIL BARR
Imam Ibn Abdil Barr menunjukkan dia adalah seorang salafi yang beriman kepada dasar-dasar aqidah salaf as soleh. Hal ini merupakan pembuktian kepada pendustaan Hizbut Tahrir yang ternyata gemar berdusta dan melakukan penyelewengan. Imam Adz-Dzahabi berkata dalam biografi beliau:

"Dan beliau dalam permasalahan usuluddin mengikuti mazhab salaf, tidak pernah beliau masuk dalam ilmu kalam, bahkan beliau hanya mengikuti atsar dari guru-guru beliau rahimahumullah". (Siyar A’lam An-Nubala)

Syeikh Sulaiman bin Shalih bin Abdul Aziz al Ghashn menukilkan perkataan Imam Ibnu Abdil Barr: "Tidak ada aqidah dalam sifat dan nama-nama-Nya melainkan apa yang datang dan termaktub dalam kitabullah atau yang jelas shahih dari rasulullah atau ijma para ulama serta hadis-hadis ahad atau semisalnya, semua diterima tanpa perlu lagi meragukannya" (Aqidah al Imam Ibnu Abdil Barr Fi at Tauhid wa al Iman)

Beliau memiliki karangan dalam bidang aqidah yang melalui kitab inilah menjelasakan bahawa aqidah yang dia anuti adalah bersalahan dengan aqidah sesat mu'tazilah.

- A'lam an-Nubuwwah,
- Al-Inshof fi Asma' Allah,
- Fathul Barr fi at Tartiib al Fiqhi li at Tamhiid




KEYAKINAN IMAM IBNU ABDIL BARR MENYAMAI KEWAKINAN ULAMA AHLUL SUNNAH

Ucapan Ibnu 'Abdil-Barr yang sebenar:
"Para ulama mazhab kami dan ulama-ulama lain berbeza pendapat mengenai khabar ahad yang adil (shahih), apakah ia wajib diyakini dan diamalkan secara bersamaan, atau hanya wajib diamalkan namun tidak wajib diyakini? Pendapat yang dipegang oleh ahli ilmu, diantaranya adalah ulama-ulama mazhab Maliki, bahawasannya hadis ahad itu mengkonsekuensikan amal, bukan mengkonsekuensikan ilmu. Ini juga merupakan pendapat Imam Asy Syafi'i dan majoriti ahli fikih dan tahqiq. Hadis ahad tidak menghasilkan ilmu kecuali yang disaksikan Allah swt, telah lenyap halangan (kesamaran) secara pasti, dan tidak ada perbezaan pendapat di dalamnya". (At-Tamhiid)

Perhatikan pada kenyataan beliau: "Hadis ahad tidak menghasilkan ilmu kecuali yang disaksikan Allah swt, telah lenyap halangan secara pasti, dan tidak ada perbezaan pendapat di dalamnya". (At-Tamhiid)

Tahukan kalian bahawa pada awalnya khabar ahad dianggap zann tetapi apabila telah dilakukan takhrij maka apabila telah selesai dan kualitinya diketahui lantas zann yg negatir bertukar menjadi zann yang positif iaitu YAKIN!Inilah yang dimaksudkan dengan 'telah lenyap halangan (kesamaran) secara pasti'.

Sambungan perkataan beliau ini sengaja di sorokkan oleh HT kerana kenyataannya ini menyalaahi aqidah HT! Saksikanlah apa yang disebut oleh Imam Ibnu Abdil Barr:

"Yang kami katakan adalah bahawasannya khabar ahad itu mengkonsekuensikan/menghasilkan amal, bukan ilmu, seperti persaksian dua orang dengan empat orang adalah sama. Itulah yang menjadi pegangan jumhur ahli fiqh dan atsar. Semuanya berpegang kepada satu riwayat satu orang yang adil dalam hal aqidah; membela, mempertahankannya, serta menjadikannya sebagai syari'at dan agama. Seperti itu pula pendapat jama'ah Ahlus-Sunnah" (At-Tamhid)Apakah HT mengetahui bahawa Abu Tayyib menjadikan 4 orang sebagai mutawatir lantas di sini menunjukkan bahawa Imam Ibnu Abdil Barr sedang menunjukkan bahawa keyakinan yang terhasil dari mutawatir bukanlah tentang jumlah rawi melainkan "keyakinan" yang mampu diraih oleh hati seseorang ahli hadis. Lantaran itu beliau berkata "persaksian dua orang dengan empat orang adalah sama" dimana persaksian 2 org membawa kepada sebuah keyakinan apabila 2 org tersebut dipercayai kejujuran dan kedhabitannya.

Jadinya kenyataan beliau ini adalah sebagai penjelas kepada kenyataannya yang sebelum itu iaitu tentang masalah menghilangkan halangan dan kesamaran atas sesuatu khabar ahad. Hal tersebut makin jelas apabila Imam Ibnul Abdil Barr menulis:"jika ia telah shahih dan tidak dinasakh (dihapus) oleh yang lainnya, baik dari atsar atau ijma'."

Lebih menarik adalah Imam Ibnu Abdil Barr membawakan keyakinan Imam Malik dalam kitabnya melalui riwayat dari Ibnu Khuwaiz Mindad (seorang pembesar mazhab Malikiyyah):

"Bahawasannya hadis ahad memberikan ilmu (keyakinan) dan ini merupakan salah satu riwayat dari Malik yang dipilih oleh sebagian besar dari sahabat-sahabatnyaa, diantaranya Muhammad bin Khuwaiz Mindad". (At-Tamhid)Oleh sebab itu Imam Ibnu Abdil Barr mengimani kewujudan azab kubur secara 100%. Lihat perkataan sang Imam: "Hadis-hadis tentang masalah ini (azab kubur) darjatnya mutawatir (maknawi). Seluruh Ahli Sunnah wal Jamaa'h mengimaninya. Dan tidak ada yang mengingkarinya kecuali ahli bid'ah".  (At-Tamhid)


Ibn Abdil Barr mengatakan:
"Atsar yang shahih dalam bab ini menunjukkan bahawa fitnah kubur ini hanya berlaku bagi orang mukmin dan munafik, iaitu orang-orang sewaktu di dunia masuk dalam kategori ahli kiblat dan beragama Islam. Adapun orang-orang kafir yang ingkar, maka mereka tidak ditanya tentang Tuhan, agama dan nabinya. Objek yang ditanya tentang ini semua adalah orang Islam. wallahu alam. "Allah meneguhkan (iman) orang-orang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat" (Ibrahim: 27)". (At-Tamhid)


Rupanya kenyataan senada dengan Imam Ibnu Abdil Barr ditemukan dari para ulama ahlul sunnah yang lainnya!

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Beriman dengan adanya azab kubur. Sesungguhnya umat ini akan diuji dan ditanya dalam kuburnya tentang Iman, Islam, siapa Rabbnya dan siapa Nabinya. Munkar dan Nakir akan mendatanginya sebagaimana yang Dia kehendaki dan inginkan. Kita wajib beriman dan membenarkan hal ini" (Ushulus Sunnah oleh Imam Ahmad)

Imam As-Saffarini berkata: "Beriman dengan siksa kubur  hukumnya wajib dalam syariat kerana telah shahih sejumlah hadis dari Nabi saw -yang maksum- yang mencapai darjat mutawatir (maknawi)" (Lawami'ul Anwar dan Lawaikhul Anwar As-Saniyyah)

Imam Ibnu Abil Izzi Al-Hanafi berkata: "Dan telah mutawatir hadis-hadis dari Nabi saw tentang siksa dan nikmat kubur serta pertanyaan dua malaikat. Maka wajib beriman tentang adanya hal tersebut". (Syarah Aqidah Thahawiyyah)

Ibnu Hazm berkata: "Sesungguhnya azab kubur adalah benar, dan ditanyanya ruh setelah mati adalah benar, dan tidak seorang pun dihidupkan setelah matinya hingga hari kiamat". (Al Muhalla)

Imam Thahawi berkata: "Kita pun mengimani adanya adzab kubur bagi orang yang berhak mendapatkannya". (Al-Aqidah Ath-Thahawiyah)

Ibnu Abi Hatim berkata: "Azab kubur adalah benar (kewujudannya)". (Ushulus Sunnah Wa I'tiqad Din)

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: "Dalam hadis ini terdapat bantahan terhadap orang-orang yang mengingkari adzab kubur". (Fathul Bari)



IBNU ABDIL BAR MENGATAKAN BAHAWA MU'TAZILAH DAN KAUM SESAT MENOLAK UNTUK BERIMAN (TASDIQ JAZIM) KEPADA AZAB KUBUR

Ibnu Abdil Barr mengatakan:
"ruh mayat akan dikembalikan kepada jasadnya dan ditanya di dalam kuburnya tentang Tuhan, agama dan nabinya. Kemudian datang dua malaikat penguji yang Allah utus untuk menguji orang-orang yang ragu dan mengokohkan orang-orang mukmin. Ketika ruhnya dikembalikan, tidak boleh diingkari bahawa si mayat akan mendengar suara orang-orang yang berlalu setelah menguburkannya. Hal ini kita katakan bukan berdasarkan qiyas dan rasional, namun mengikuti atsar-atsar mutawatir yang diterima dari lisan orang-orang yang terpercaya yang berbeza negeri dan saling berjauhan. Seluruhnya menukilkan atsar-atsar shahih tentang tetapnya fitnah kubur dari segi naql dan tidak ada yang menolaknya kecuali mubtadi' (ahli bid’ah)". (At-Tamhid)

Imam al Marwazi dalam Thabaqat al Hanabillah mengatakan: Abu Abdillah (Imam Ahmad bin Hanbal) mengatakan kepada kami: "azab kubur adalah benar, tidak ada yang mengingkarinya kecuali ia sesat dan menyesatkan".

Imam Ahmad bin Hanbal berkata lagi: "Kita beriman dengan semua ini (termasuk siksa kubur dan pertanyaan Munkar Nakir). Barangsiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka dia Jahmy". (Al-Masail Ibnu Hani)

Imam Nawawi berkata: "Dalam hadis ini terdapat penetapan adanya adzab kubur dan fitnah kubur. Hal ini merupakan mazhab ahli haq, berbeza halnya dengan pendapat Mu'tazilah". (Syarh Shahih Muslim )

Imam Abul Hasan Al-Asy'ari berkata: "Mereka berselisih tentang adzab kubur. Di antara mereka ada yang meniadakannya, iaitu Mu'tazilah dan Khawarij. Sebagian mereka menetapkannya iaitu majoriti ahli Islam". (Maqalat Islamiyyin)

Imam Al-Asy'ari berkata lagi: "Kaum Mu'tazilah mengingkari azab kubur, padahal telah diriwayatkan dari Nabi dari jalan yang banyak, demikian pula dari sahabatnya -semoga Alloh meridhai mereka-. Tidak pernah dinukil dari seorangpun dari mereka ada yang mengingkarinya, meniadakan dan menolaknya. Dengan demikian, maka hal itu harus menjadi ijma' para sahabat Nabi".  (Al-Ibanah)

Imam Nawawi berkata: "Kesimpulannya, mazhab Ahli Sunnah adalah menetapkan adanya adzab kubur, berbeza halnya dengan firqah Khawarij, majoriti Mu'tazilah dan sebagian Murji'ah yang meniadakannya". (Syarh Shahih Muslim)

Al-Aini juga berkata: "Dalam hadis ini terdapat penetapan akan adanya azab kubur. Ini merupakan mazhab Ahlu Sunnah Wal Jama'ah dan diingkari oleh Dhiror bin Amr dan Bisyr Al-Marrisy serta majoriti Mu'tazilah di zaman belakangan" (Umdatul Qari)

Imam Adz-Dzahabi berkata dalam biografi Dhiror bin Amr: "Seorang Mu'tazilah tulen, mempunyai pemikiran-pemikiran keji. Ibnu Hazm berkata: Dhiror mengingkari azab kubur". (Mizanul I'tidal)



IBNU ABDIL BARR MEMBAWAKAN  IJMA SALAF MENERIMA AQIDAH BERSUMBERKAN KHABAR AHAD

Imam Ibnu Abdil Barr menyatakan bahawa para salaf as soleh terutamanya sahabat dan tabi'in telah melakukan ijma dalam menerima dan mengimani sesuatu keyakinan yang bersumberkan dari khabar ahad!Beliau berkata:

"….Dan semuanya berpegang kepada satu riwayat satu orang yang adil dalam hal aqidah; membela, mempertahankannya, serta menjadikannya sebagai syari'at dan agama.  Seperti itu pula pendapat jama'ah Ahlus-Sunnah" (At-Tamhii)


Dalam kesempatan yang lain, masih dalam kitab yang sama, beliau berkata:
"Telah ijma' ahli ilmu dari ahli fiqh dan atsar di seluruh penjuru (negeri-negeri Islam) – sepanjang saya ketahui – untuk menerima hadis ahad  yang adil (shalih dan terpercaya). Begitu pula (telah ijma') untuk wajib mengamalkannya, jika ia telah shahih dan tidak dinasakh (dihapus) oleh yang lainnya, baik dari atsar atau ijma'.  Inilah prinsip seluruh fuqahaa di setiap negeri, sejak zaman sahabat hingga hari ini, kecuali Khawarij dan Ahli Bid'ah, iaitu sekelompok kecil yang (ketidaksepakatannya) tidak dianggap sebagai perbezaan pendapat".

Kenyataan Imam Ibnu Abdil Barr bahawa yang menolak khabar ahad untuk dijadikan dasar iman hanyalah golongan bid'ah yang sesat, yang dijuarai oleh Qadariyah, Mu'tazilah dan hari ini Hizbut Tahrir muncul mewarisi pemikiran Mu'tazilah.


Imam Abul-Muzaffar As-Sam'any Asy-Syafie berkata:
"Sesungguhnya hadis, jika benar dari Rasulullah saw, diriwayatkan oleh para imam yang tsiqah (terpercaya), dan orang belakangan mereka menyandarkan kepada orang terdahulu (dari) mereka hingga kepada Rasulullah saw dan diterima oleh umat; maka hadis itu mewajibkan ilmu (keyakinan) dalam apa yang berkaitan dengan ilmu. Ini adalah perkataan kebanyakan Ahli Hadis dan orang-orang yang menekuni As-Sunnah. Dan pendapat yang mengatakan bahawa hadis ahad tidak membuahkan ilmu (keyakinan) dengan sendirinya, dan harus diriwayatkan secara mutawatir kerana ilmu yang ada padanya; adalah sesuatu yang diada-adakan oleh Qadariyyah dan Mu'tazillah yang bertujuan menolak hadis". (Risalah Al-Intishaar li-Ahlil-Hadits yang diringkas oleh As-Suyuthi dalam Shaunul-Manthiq wal-Kalam)



AQIDAH IMAM IBNU ABDIL BARR YANG LAIN YANG BERSUMBERKAN KHABAR AHAD

Imam Abu Umar At-Tholamanki Al Andalusi (339-429H) yang merupakan guru Imam Ibnu Abdil Barr berkata dalam kitabnya: Al Wushul ila Ma’rifatil Ushul

"Kaum Muslimin dari kalangan Ahlus Sunnah telah bersepakat (ijma) bahawa makna firman-Nya: 'Dan Dia bersama kalian di manapun kalian berada' (Al Hadid 4) dan ayat-ayat Al Qur'an yg semisal itu adalah Ilmu-Nya. Allah Ta'ala di atas langit dengan Dzat-Nya, ber-istiwa di atas Arsy-Nya sesuai kehendak-Nya".

Beliau juga mengatakan:"Ahlus Sunah berkata tentang firman Allah 'Tuhan yang Maha Pemurah, yang ber-istiwa di atas Arsy' (Thoha: 5), bahawasanya ber-istiwa-nya Allah di atas Arsy adalah benar adanya bukan majaz" (Sebagaimana dinukil oleh Ad-Dzahabi dalam Al-'Uluw)

Imam Adz Dzahabi berkata: "At-Tholamanki termasuk pembesar para Huffazh dan  para imam dari para qurroo di Andalusia". (Al-'Uluw)


Aqidah ini diikuti oleh Imam Ibnu Abdil Barr yang wafat pada 463H:
"Pada hadis tersebut terdapat dalil bahawa Allah berada di atas iaitu di atas Arsy-Nya, di atas langit yang tujuh, hal ini sebagaimana dikatakan oleh para jama'ah. Hal ini merupakan hujjah bagi mereka terhadap Mu'tazilah dan Jahmiyah yang mengatakan bahawa Allah Azza wa jalla berada dimana-mana bukan di atas Arsy" (At Tamhid)

"Diantara dalil bahawa Allah di atas langit yang tujuh adalah bahawasanya para ahli tauhid seluruhnya baik orang Arab mahupun selain arab jika mereka ditimpa kesusahan atau kesempitan mereka mendongakkan wajah mereka ke atas, mereka meminta pertolongan Rabb mereka tabaaraka wa ta’ala…" (At Tamhid)

"Dan kaum muslimin di setiap masa masih senantiasa mengangkat wajah mereka dan tangan mereka ke langit jika mereka ditimpa kesempitan, berharap agar Allah menghilangkan kesempitan tersebut". (At Tamhid)

Ibnu ‘Abdil Barr dinukilkan telah berkata: "Sepakat para ulama dari kalangan sahabat dan tabi’in – yang ilmu ta'wil (tafsir) diambil dari mereka - mereka menta'wilkan (menafsirkan) firman Allah 'Tidaklah tiga orang berbisik-bisik kecuali Allah yang keempat' iaitu Dia (Allah) berada di atas Arsy dan Ilmu-Nya di semua tempat dan tidak ada seorangpun (yang menyelisihi mereka) diambil perkataannya sebagai hujjah". (Mukhtashar Al Uluw oleh Ad Dzahabi)

Imam Ad Dzahabi menukilkan perkataan Imam Ibnu Abdil Barr dalam masalah yang serupa dalam kitab yang sama:"Ahlus-Sunnah telah bersepakat untuk mengakui sifat-sifat yang tertuang dalam Al-Kitab dan As-Sunnah dan membawanya kepada makna hakikat, tidak kepada makna majaaz (simbolik). Namun, mereka tidak men-takyif sesuatupun dari sifat-sifat tersebut. Adapun Jahmiyah. Mu’tazilah, dan Khawaarij; semuanya mengingkarinya dan tidak membawanya kepada makna hakikatnya. Dan mereka menyangka bahawa siapa saja yang mengatakannya (iaitu membawa makna sifat Alah sesuai dengan hakikatnya) bererti telah menyerupakan-Nya dengan makhluk. Padahal, mereka di sisi orang yang menetapkan sifat Allah secara hakiki, sama saja menafikkan yang disembah (iaitu Allah)".


Kenyataan Imam ad Dzahabi ini diambil dari kitab Imam Ibnu Abdil Barr sendiri dimana beliau berkata:
"Seluruh Ahli Sunnah telah bersepakat untuk menetapkan sifat-sifat yang terdapat dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengartikannya secara zahirnya. Tetapi mereka tidak menggambarkan bagaimananya sifat-sifat tersebut. Adapun Jahmiyyah, Mu’tazilah dan Khawarij mereka mengingkari sifat-sifat Allah dan tidak mengertikannya secara zahirnya. Lucunya mereka meuding bahawa orang yang menetapkannya termasuk Musyabbih (kaum yang menyerupakan Allah dengan makhluk)". (At-Tamhid)

Berbicara tentang seluruh hadis tentang Ketinggian Allah dan keberadaan Allah di arsy, Imam berkata: "Hadis ini adalah shahih sanadnya. Tidak ada perselisihan pendapat di kalangan ahli hadis tentang keabsahannya". (At-Tamhid)

Beliau juga berkata: "Hadis ini dinukil dari jalan-jalan yang mutawatir (maknawi) dan jalur yang banyak sekali dari orang-orang yang adil dari Nabi". (At-Tamhid)



PERTANYAAN BUAT HIZBUT TAHRIR YANG SUKA MEMBELIT
Dengan ini kami membawakan petikan dari keyakinan yang terkandung dalam kitab aqidah Imam dan juga pengakuan para ulama lain terhadap keyakinan beliau. Kami nyatakan tentang ijma yang beliau nukil tentang keyakinan para Salaf.Namun kalian hanya membawa kaedah ushul namun gagal membawa contoh keyakinan Imam Ibnul Abdil Barr.Lalu kepada siapa yang kami ingin percaya?

Apakah wajar kami percaya kepada kaedah umum yang kalian bawakan tanpa membawakan langsung bukti keyakinan Imam atau kami mempercayai segala keyakinan sang Imam dimana beliau nyatakan dan membelanya dalam kitab-kitab tulisannya sendiri?

Haruskah kami percaya kepada kalam kalian dan meninggalkan kalam Imam sendiri? Pastilah kalam kalian akan kami bakul-sampahkan kerana menyalahi keyakinan sang Imam. Ini juga membuktikan kalian adalah kaum putar alam!

Untuk memahami sesuatu duduk perkara, apakah HT hanya mengambil 1 dalil atau satu sisi penghujahan semata2?

Jika begitulah kaedah pendalilan kalian, maka ini menunjukkan bahawa kalianj terlalu jahil dalam kaedah istidlal!

Ketahuilah wahai seluruh para syabab HT!

Untuk menetapkan sebuah perkara, kalian perlu meneliti semua dalil yang maujud. Begitulah untuk menetapkan apakah keyakinan Ibnu Andil Barr maka kalian perlu:

1) Mengumpulkan aqidah yang diimani olehnya dalam kitab aqidahnya
2) Memahami Konsep dan prinsip yang dia gariskan secara umum untuk aqidahnya
3) Penjelasan para ulama yang meriwaykan keyakinannya
4) Sisi-sisi lain yang mungkin wujud

Tetapi sungguh lucu apabila kalian hanya mengambil 1 sisi iaitu Konsep yang diucapkan oleh Ibn Abdil Barr lantas membuat sebuah kesimpulan! Justeru sesungguhnya sikap semacam ini adalah sikap kebodohan dan kebebalan, satu sikaap yang kalian kendong!Apakah kalian mengetahui bahawa masalah "konsistensi" dalam sesuatu perkara merupakan isu penting dan sering dibahas? Contohnya keyakinan Ibn Jauzi dalam sifat Tuhan. Saya pasti kalian tidak tahu isu ini sebab kalian adalah manusia2 jahil tentang aqidah!Ibnu Jauzi mengalami 3 pemikiran aqidah dalam satu perkara iaitu sifat Allah. Dalam Talbis Iblis, ibnu jauzi menggunakan konsep Isbat, kemudian dalam kitab Daf'u Syubaht melakukan konsep takwil dan dalam kitabnya yang satu lagi menggunakan konsep tafwhid!Justeru para ulama melihat keseluruh kitab2 Ibn Jauzi dan kemudian baharulah membuat ssebuah kesimpulan.SIKAP AHLI BID'AH ADALAH MENJADIKAN SATU SISI SAHAJA SEBAGAI PENGHUJAHAN

Ahli Bid'ah akan menggunakan 1 dalil yang menyenangi hati dan nafsu mereka sebagai dalil, kemudian dalil2 lain akan dijambankan atau dilupakan oleh mereka. Ibarat ada 10 hadis yang berbicara tentang hal tersebut dimana mereka lihat ada 2 dalil hadis yang boleh ditafsir mengikut keyakinan mereka. Maka 8 dalil hadis tadi akan mereka masukkan dalam jamban dan kemudian mereka 'flush'!Contoh yang mana Pemuja Bid'ah lakukan adalah dalam kasus Imam Syafie dimana mereka menjadikan Konsep Bid'ah yang dinukilkan oleh Imam Syafie sebagai Dalil utama dan meninggalkan seluruh sisi2 yang lain!

Nampaknya tabi'at Ahli Bid'ah ini juga diwarisi oleh HT sebab kalian pun adalah jamaah bid'ah.

Ahli Bid'ah menjadikan kenyataan Imam Syafie: "Bid'ah itu ada 2, satunya mahmudah dan satunya mazmumah" sebagai dalil! Lantas ahli bid'ah menghalalkan seluruh bid'ah dan berkata "Imam Syafie menghalalkan bid'ah".

Tapi mereka ini jahil atau sengaja menjahilkan diri sebab bermaksud untuk menghalalkan kedustaan dan penyelewengan.

Sisi yang mereka abaikan adalah:

1) Istihsan dalam pandangan As Syafie
2) Punca Pindah dari Baghdad ke Mesir
3) Gelaran Nasir As Sunnah
4) Apakah ada bid'a hasanah yang pernah dilakukan oleh Imam As Syafie
5) Pengakuan para ulama lain tentang penetangan imam terhadap bid'ah
6) Suruhan Imam Syafie tentang mengikut sunnah
7) Wasiatnya untuk beramal dengan Sunnah
8) Pentafsiran para ulama Syafi'iyah tentang Kenyataan Imam Syafie yang dijadikan pegangan oleh Ahli Bid'ah


Lihatlah wahai para syabab HT, bahawa ada 9 sisi dalam memahami Bid'ah melalui pemahaman Imam Syafie tetapi orang2 Bid'ah yanya ambil 1 sisi dan membakul sampahkan 8 sisi lain!

Begitulah tabiat kalian, hanya mengambil 1 sisi, dan sisi tersebut hanyalah sebuah konsep yang perlu dicermati dan diperjelaskan dan dibawakan bukti, walhal kalian menjambankan 4 sisi lain dalam melihat Imam Ibnul Abdil Barr!

___________________________
  Abu Amru Radzi Othman
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments