Islam Sebagai Ustazul Alam

OLEH: Taufiq Tuah

Seperti di dalam penulisan yg lepas, kita dapat mengatakan bahawa Islam merupakan ajaran yg unggul. Kita meneliti bahawa ajaran Islam ini membawa kepada penyeluruhan aspek kehidupan.

Kita juga telah membincangkan faktor mengapa muslim pada hari ini tidak seunggul yg sepatutnya pada pautan sebelum ini.

Penulisan kali ini ialah cuba membawa rentetan dan makna mudah bagi perkataan 'Ustazul Alam'.

Ustazul Alam bermaksud 'Rujukan Alam'. Jolokan ini diberikan kepada Islam pada zaman kebangkitan khilafah sesuai dengan namanya.

Pada awal Islam, umat Islam merujuk semua perkara kepada Rasulullah SAW. Setiap masalah muslim akan ditanyakan kepada Rasulullah SAW.  Islam hadir dalam rahmat yg melimpah ruah bg sosiobudaya Madinah.

Bani Auz dan Khazraj tidak bergaduh lagi selepas Islam. Arak diharamkan, oleh itu mabuk begitu jarang berlaku lagi.  Judi juga diharamkan. Oleh itu tidak ada satu pihak yg dizalimi oleh satu pihak yg lain. Riba diharamkan menjadikan perniagaan Islam itu lebih telus dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Zakat diwajibkan dan dapat menampung kehidupdan masyarakat yg susah. Masjid dijadikan tempat dimana aktiviti politik dan sosial diadakan.

Dikumpulkan muslim pada setiap hari Jumaat menunjukkan keutuhan agama Islam. Kemudian diwahyukan syariat-syariat seterusnya sehingga sempurna agama Allah SWT.

Oleh itu, selayaknya Islam itu bergelar 'Ustazul Alam'. Bah kan, sememangnya eropah menjadikan Islam sebagai rujukan pada zman kebangkitan khilafah. Mereka juga belajar dengan para sarjana dari dunia Islam dan menciplak malah plagiat ilmu yg dijumpai oleh Islam untuk kepentingan sendiri.

Dini hari, perkataan 'Ustazul Alam' bagaikan tidak lagi kepada Islam. Mungkin kerana sejarah kegemilangan yg digelapkan. Atau mungkin juga kerana sifat unggul Islam yg sepatutnya ada itu telah lenyap dek kealpaan muslim sendiri.

Wallahualam

___________________________
   Taufiq Tuah
    ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments