OLEH: Taufiq Tuah
"Lihatlah apa yg dikatakan, bukan siapa yg mengatakankan."
🔴Ahli Pengembara :-
Pendakwah yg mengembara ke sesuatu tempat untuk menyampaikan Islam. Pendakwah yg seperi ini lah antara yg terawal berdakwah di nusantara. Antara contoh pendakwah seperti ini adalah Abu Ayub Al-Ansari iaitu sahabat Rasulullah SAW yg berdakwah di tanah Turki.
🔴Ahli Akademik :-
Pendakwah yg berdakwah atas kemahirannya dan ilmunya yg diiktiraf secara rasmi melalui pensijilan tertentu. Contoh pendakwag seperti ini ialah Dr. Rozaimi Ramle yg memegang sijil PHD bidang hadis di tangannya. Oleh itu, layak lah beliau berbicara dalam bidang itu.
🔴Ahli Politik :-
Pendakwah yg berdakwah melalui landasan politik. Dahulu, kaedah ini dilakukan oleh para walisongo yg berdakwah secara politik di dalam Majapahit. Sunan Giri adalah penegak tauhid dan menentang kesyirikan pd zamannya dgn kuasa politik.
🔴Ahli Wakil Raja :-
Adalah mereka yg telah dilantik oleh institusi diraja untuk menegakkan legasi Islam di sesuatu kerajaan. Mereka akan digelar 'mufti' yg mana di nusantara, hubungan mufti dgn Sultan (ketua agama dan adat) sgt berkait rapat.
🔴Ahli Parti :-
Mereka yg berdakwah atas landasan parti politik. Antara yg melalui landasan ini adalah Ustaz Fathul Baari (bergerak melalui Pemuda UMNO) dan Ustaz Azhar Idrus (bergerak melalui PAS).
🔴Ahli Jamaah :-
Mereka yg berdakwah atas tiket sesuatu jamaah. Contoh bagi pendakwah jenis ini adalah Dr. Zainul Rashid (ISMA) dan Dr. Mazlee Malik (IKRAM) .
🔴Ahli Habaib :-
Mereka yg membentuk gerakan tarekat dan mengangkat tokoh mereka sendiri dan memuja tokoh tersebut. Malah kadang kala mampu ghuluw dan berlebihan. Kebiasaan tokoh ini akan digelar 'Habib' dan akan mengakui mereka berketurunan Rasulullah SAW. Contoh yg terkenal di nusantara ialah Habib Sheikh As-Seggaf yg mengikuti Tarekat Naqsyahbandi .
🔴Ahli Rancangan TV :-
Mereka yg berdakwah di landasan rancangan 'reality' TV. Contohnya ialah Imam Muda Ashraff dan PU Zaid (arwah) .
🔴Ahli Siber :-
Pendakwah yg bergiat dakwahnya melalui jalan siber. Contoh pendakwah seperti ini adalah Saudara Mat Lutfi yg bergiat di laman 'youtube' dan menjadi tarikan org muda untuk menonton dakwah yg disampaikan.
Pelbagai jenis pendakwah yg ada di nusantara, maka masanya untuk kita menilai dan mempertimbangkan perkataan-perkataan mereka sebelum menerima mereka. Jadikan Al-Quran dan hadis2 sahih sebagai pegangan, maka insyaallah kita tidak akan sesat.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment