Karamah Kucing Cium Habib

OLEH: Taufiq Tuah

Ada berberapa golongan yg taksub dgn habib tertentu. Mereka memberi 1001 alasan untuk mengatakan bahawa habib mereka ialah wali yg salih.

Sehingga mereka membuat andaian bahawa kucing yg mencium poster gambar habib itu tandanya habib itu dlm keadaan benar.

Sebenarnya, kucing juga mencium benda-benda lain selain poster. Sifat kucing sememangnya sedemikian sesuai dengan lumrahnya.

Jika diletakkan poster gambar firaun sekalipun, kucing akan cium juga poster tersebut tanpa mengira gambar. Dan jika poster itu dicium kucing, itu bukanlah tanda sahih kesalihan seseorang.

Pemikiran jumud yg mengatakan kucing cium tanda salih ini haruslah dihentikan. Ini bukanlah amalan berdasarkn mana2 dalil. Ia hanyalah andaian semata-mata.

Wallahualam

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments