OLEH: Taufiq Tuah
Juga menjadi budaya orang kita menziarahi jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai yang sakit. Hal ini juga ada fadhilat yang baik seperti hadis,
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”.
[HR Muslim]
Rasulullah SAW bersabda; "Apabila seseorang menjenguk saudaranya yang muslim (yang sedang sakit), maka (seakan-akan) dia berjalan sambil memetik buah-buahan syurga sehingga dia duduk, apabila sudah duduk maka diturunkan kepadanya rahmat dengan deras. Apabila menjenguknya di pagi hari maka 70,000 malaikat mendoakannya agar mendapat rahmat hingga waktu petang tiba. Apabila menjenguknya di petang hari, maka 70,000 malaikat mendoakannya agar diberi rahmat hingga waktu pagi tiba."
[HR. Tarmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dengan sanad sahih].
1. Niatkan berziarah untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW
1. Tidak menyakiti pesakit.
2. Tidak menyinggung perasaan pesakit.
3. Mendoakan kesihatan pesakit.
4. Tidak mengganggu keselesaan pesakit. Juga keselesaan pesakit disekitarnya (jika di hospital).
Antara doa yang boleh diamalkan ialah seperti di dalam hadis,
"Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membersihkanmu dari dosa-dosa, Insya Allah."
[HR. Bukhari].
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________


Comments
Post a Comment