Kesesatan Akidah Al-Arqam

OLEH: Taufiq Tuah

Al-Arqam ialah gerakan yg menggunakan nama Islam muncul pada 1968. Diasaskan oleh Abuya Ashaari Muhammad. Selain sebagai gerakan, mereka juga membawa ajaran sendiri iaitu Aurad Muhammadiah.

Antara ajaran penyelewengan mereka ialah,

1. Sheikh Muhammad Suhaimi ialah Khalifah Rasulullah dan setaraf dengan Khulafa Ar-Rasyidin.

2. Sheikh Muhammad Suhaimi sebenarnya tidak mati tetapi ghaib. Kononnya akam muncul kembali sebagai Imam Mahdi.

3. Mereka mendakwa bahawa mereka boleh bertemu dengan nabi dan auliya2 secara jaga (yaqazah) dan boleh juga melalui mimpi. Kononnya mereka akn mendapat kepastian sesuatu melalui pertemuan itu.

4. Sheikh Muhammad Suhaimi boleh diseru apabila memerlukan pertolongan.

Perkara di atas menzahirkan bahawa mereka sangat taksub kepada tokoh sendiri dan mengangkat mereka secara melampaui batas. Jika benar boleh bertemu nabi untuk memastikan sesuatu perkara, maka para sahabat tidak perlulah bertungkus lumus menjaga sanad hadis2 nabi.

Tidak perlu lah kita menyeru nama sesiapa untuk meminta pertolongan kecuali Allah SWT. Maka tabiat menyeru nama tokoh tertentu ketika susah merupakan salah satu langkah2 syirik.

Gerakan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah ini telahpun diharamkan oleh kerajaan pada 1994. Namun sisa dan pengikut mereka masih lg hidup di atas nama bidang perniagaan iaitu Rufaqah Coorperation. Oleh itu, Rufaqah Coorperation perlu di boikot.

Wallahualam





Lagi berkaitan Al-Arqam:

*Kesesatan Asaari, Al-Arqam, Rufaqa Dan Global Ikhwan : http://abufaith.blogspot.my/2013/11/kesesatan-asaari-al-arqam-rufaqa-dan.html






___________________________
   Taufiq Tuah
    ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments