OLEH: Taufiq Tuah
Alasannya, kerana perawi seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim telah memanipulasi sanad dan periwayatan hadis. Ini adalah suatu fitnah yg nyata.
Kita mengambil Al Quran dan Hadis sebagai sumber adalah kerana,
“Sekiranya kamu berselisih dalam apa jua perkara, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul (Al-Quran dan Hadis)”
(Surah An-Nisa: 59).
Para ulama tafsir, antaranya Ibn Abbas R.A telah menafsirkan bahawa ‘kembali kepada Allah’ dalam ayat ini merujuk kepada Al-Quran, manakala ‘kembali kepada Rasul’ itu merujuk kepada hadis.
Jika Al-Quran (Kalam Allah) sendiri mengiktiraf sabda-sabda nabi, mengapa agaknya Allah SWT tidak memelihara Hadis dan mengizinkn ia dimanipulasi?
Kaedah pengumpulan ayat AlQuran dan Hadis adalah kaedah yg sama iaitu kaedah periwayatan. Sahabat-sahabat yg hafal ayat tertentu akan mengumpulkan apa yg mereka hafal dan membukukan ia menjadi satu rujukan berbentuk kitab.
Begitu juga hadis. Hadis juga dikumpulkan dengan pengumpulan cebisan hafalan ayat para sahabat. Kemudian setiap cebisan ayat itu akan direkodkan oleh para ulama tentang daripada siapa dia mendenganya dan bagaimana ia mendengarnya. Malah ulama hadis meneliti sifat pendengarnya dan pemberi tahu samada mereka itu nyanyok, pelupa, pendusta, lemah pendengarannya dan sebagainya.
Atas segala penelitian ini, ulama ahli hadis mengklafikasikan hadis-hadis tersebut samada ia sahih, hassan, dhaif atau maudhu. Maka umat boleh meneliti dan berpegang kpd hadis sahih/hassan yg telah diteliti secara disiplin oleh ulama-ulama hadis.
Jika kaedah periwayatan hadis ini dikritik kesahihannya, maka sepatutnya periwayatan Al-Quran juga patut dikritik memandangkan cara pengumpulannya ialah cara yg sama.
Oleh itu sebagai seorang Muslim, kita perlu tegas dalam memegang kepada Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.
Wallahualam
Lagi berkaitan Anti Hadis:
*Waspada Fahaman Anti Hadis: https://ustazfathulbari.wordpress.com/2014/03/15/waspada-fahaman-anti-hadis-quraniyyun/
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment