OLEH: Taufiq Tuah
Hal pertama dalam isu ini ialah, apakah benda yang boleh di khilafkan? Rasulullah SAW mengajarkan kita agama Allah SWT. Ajaran Rasulullah SAW itu sudah tentulah selari sahaja dengan sesiapa sahaja baginda mengajarnya.
Namun yang menjadi khilaf ialah pemahaman para sahabat dalam memahami sesebuah hadis. Membuatkan adanya perbezaan dalam fatwa mereka. Malah ada juga sahabat yang tidak sampai berberapa hadis kepadanya membuatkan fatwanya dibuat berlandaskan hadis-hadis yang hanya ada di tangannya.
Namun di dalam kalangan sahabat salafussoleh, tidak akan pernah ada yang khilaf tentang bab tauhid dan aqidah. Oleh itu Khilaf tidak boleh dalam bab Aqidah kerana ia merupakan perkara tunjang dan pokok di dalam Islam. Misal, mengiktiraf bahawa Rasulullah SAW ialah nabi dan rasul yang terakhir. Tiada tuhan selain Allah SWT dan tuhan itu tiada sekutu baginya. Para sahabat ialah generasi terbaik dan tidak boleh mengkafirkan mereka.
Berbeza di dalam hal furuq atau hal cabang, di mana diberikan kelonggaran untuk berlaku khilaf. Namun jika berlaku khilaf, sebagai orang awam perlulah memilih hujah yang paling kuat diantara dua pandangan.
Khilaf ini hanya berlaku dikalangan sahabat atau ulama. Mereka yang biasa dengan dalil ini menggunakan dalil untuk menjawab fatwa dan hukum. Seperti mana ulama muktabar Imam Syafie RH dan Imam Malik RH. Mereka berhak menjawab fatwa dengan dalil yang mereka tahu. Namun, cara memahami dalil yang berbeza membuatkan mereka juga berbeza pandangan dalam fatwa mereka. Adapun begitu, mereka tidak lah memusuhi sesama mereka.
اختلاف أمتي رحمة
“Perbezaan pendapat pada umatku adalah rahmat.”
Ini ialah hadis palsu dan tidak boleh dibuat hujjah. Artikel ini tidak akan sekali-kali berhujah dengan hadis ini.
Namun apa yang menjadi isu ialah, apabila golongan tolibul ilmi ini yang merasakan ilmunya telah tinggi, mulai melawan pandangan khilaf ulama muktabar yang tidak sepandangan dengan nya. Mereka yang mahu menonjolkan diri ini mulai memberikan hujah berlawan hujah, memaki hujah yang tidak disukai dan memperendahkan individu tertentu. Hilang hikmah dalam dakwah yang Rasulullah SAW terapkan dikalangan umat.
Ini lah sebenarnya yang memecahkan ummat. Apabila mereka yang berbeza dan khilaf, tidak menjaga adab dan disiplin dalam khilaf. Malahan yang bergaduh itu bukan lah ulama, tetapi hanya orang yang baru mendengar ceramah di waktu pagi, kemudian berlawan lidah di waktu petangnya.
Sebagai tholibul imli, kita tidak sepatutnya menyibukkan diri dengan pergaduhan-pergaduhan ini. Adapun begitu, tidak menjadi kesalahan untuk belajar hal-hal Khilaf. Tidak menjadi alasan supaya tidak tahu hal khilaf kerana takut keliru dan sebagainya.
Khilafiah apabila tidak didedahkan, itu lah yang menyebabkan kekeliruan. Khilafiah apabila telah dirungkai, adakah masih akan terkeliru lagi? Sudah tentu tidak.Namun apabila telah mengetahui hal khilaf, elakkan diri kita untuk mempergaduhkan tentang ia.
Apabila berdepan dengan isu khilaf yang bukan daripada ulama, maka itu bukan khilaf muktabar. Misalnya sambutan Maulidurrasul bukanlah isu khilaf. Malah 4 mazhab Ahli Sunnah semuanya tidak mensunnahkan atau mewajibkan atau mengharuskan sambutan ini. Dalam hal khilaf tidak muktabar seperti ini, perlulah kita menegur kesilapannya malah menegah diri kita daripada melakukan hal-hal tersebut.
Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment